Pelakon senior, Zulkifli Ismail berkongsi keratan akhbar berkisar kes pembunuhan kejam Ketua Polis Negara ke-3, Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim sekitar 46 tahun lalu.
Jelasnya, Allahyarham ditembak mati ketika berada di dalam kereta rasmi di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu di Kuala Lumpur.
Malah, bintang senior ini turut mengenang memori masih apabila berpeluang berjumpa empat mata dengan Abdul Rahman ketika arwah pulang ke kampung.
Ulas Zulkifli, dia yang ketika itu berusia 10 tahun beratur di tepi jalan bersama rakan yang lain untuk melambai dan tabik hormat terhadap beliau.
“Pada hari ini, 46 tahun yang lalu (7 Jun 1974) Ketua Polis Negara ke-3, Tan Sri Abdul Rahman Hashim telah meninggal dunia.
“Allahyarham telah ditembak ketika berada dalam kereta rasminya di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu di Kuala Lumpur.
“Saya masih ingat, tidak berapa lama selepas dilantik sebagai KPN (1973).
“Allahyarham telah balik ke rumah bapa mentuanya di kampung saya, Alor Janggus. Saya yang ketika itu berusia 10 tahun telah beratur di tepi jalan bersama-sama kawan-kawan untuk melihat wajah KPN dari dekat.
“Sewaktu keretanya lalu di depan kami, dengan penuh semangat kami melambai lambai ke arah Allahyarham. Ada juga yang membuat tabik (saya le tu).
“Saya cukup teruja. Maklumlah budak kampung umur 10 tahun dapat tengok Ketua Polis Negara. Semoga roh Allahyarham sentiasa berada dalam rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama roh para solihin,” kongsinya.
Penceramah bebas, PU Azman menjelaskan dosa atau kesilapan seseorang tidak akan ditanggung oleh orang lain.
Iaitu dalam erti kata lain, seandainya seseorang itu telah berhijrah namun penampilannya terdahulu ditayangkan kembali di media tertentu, tidak akan menanggung dosa.
“Dosa atau kesilapan seseorang tidak akan ditanggung atau tempias kepada orang lain.
“Dalilnya dalam surah An Najm ayat 39.
“Maksud :“Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diusahakannya”.
“Dalil kedua dalam surah Al An’am ayat 164.
Maksud :”Dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”.
“Jadi TIDAK BENAR kenyataan mengatakan si mati yang dah berhijrah, kena seksa dalam kubur disebabkan orang lain masih tayangkan lakonannya pada zaman jahiliyyah ketika si mati belum menutup aurat.
“TIDAK BENAR SAMA SEKALI. KECUALI ! Kalau tuan punya badan sendiri yang tayangkan, haaaaaa, tu mungkin dia bermasalah.
“Pintu rahmat Allah sentiasa terbuka luas, jauh lebih luas dari pintu Mydin,” jelasnya panjang lebar.
Kakak kepada Emma Maembong iaitu Beby Maembong berkongsi berita gembira apabila dia kini hamil anak kelima yang sudah mencecah usia enam bulan.
Menurut pemilik nama penuh Nurulaini Ismail, berat badannya kini mencecah 72kg, namun tidak terlalu tertumpu pada badannya, sebaliknya lebih fokus pada kesihatan kandungannya.
“I ni jenis enjoy my pregnancy.. makan je no DIET. Dalam pantang nti kita pasang body balikkk.. kejap je nakLerntiq balik dgn @lerntiq_hq. Sebab tu tiap kali pregnant mesti kembang.
“Time pregnant ni xpayah stresskan diri diet2 bagai.. bedal jewww sbb 44hari shj dah Lerntiq balik.
“Xpercaya bulan 9 tgok progress beby. Ntah2 time tu dah 80kg,” kongsinya.
Dalam pada itu, Beby,31, mendedahkan berat badannya pernah mencecah 86kg saat hamil anak sebelum ini.
“Sbb masa mengandung ank sebelum ni berat sy cecah 86kg.
“Bagi wanita yang masa mengandung jaga body, jaga makan and berat tak naik mendadak tu, senang la ckp sekejap kurus.. Tapi kalau yg jenis mcm i ni?.
“Naik sampai 32kilo ingat senang ke nak kurus balik? Sebab tu lah ramai yang gemok lepas bersalin… Salah guna produk mmg kirim salam lah nak kurus,” tulisnya.
Tidak terlalu bimbang mengenai berat badannya kini, Beby yakin bahawa bentuk badan ideal kembali selepas 44 hari berpantang.
“Beby xkesah gemok sekarang.. sbb beby tau 44hari boleh jadi hot mama balik,” selorohnya.
Selepas berjaya mencipta fenomena menerusi drama Khianat Yang Terpilih, nama pelakon Ikmal Amry kini kian disebut antara hero berbakat besar dan seharusnya diberikan peranan yang lebih mencabar selepas ini.