“Masuk Gambar Anak Peragakan Baju Kata Nak Jual Anak,” – Abby Abadi Kongsi Foto Throwback, Jelaskan Ada Netizen Serba Tidak Kena, Sering Cari Salah

Share

Abby Abadi memuat naik sekeping foto keluarga besarnya bersama Norman Hakim serta Memey Suhaiza dan menyatakan sifat segelintir netizen sering mencari kesalahan insan lain.

Jelasnya, laman sosial merupakan medium untuk saling membantu dan berkongsi kenangan indah.

Namun dia kecewa apa sahaja yang dikongsi akan menjadi perdebatan sehinggakan timbul tuduhan kononnya dia cuba ‘menjual’ anak.

“Throwback… gambar beramei2 yg taktahu lagi bila akan berulang hihi. #happybirthdaykikim. Betul ke terobek ni?? Ye keeee nii? Macam takk jer. Macam bla bla bla blaaaa.

“Itulah antra contoh bait2 puisi makcik2 bawang kalau masuk ke IG orang. Seronok cari salah. Serba tak kena.

“Rilek2 la.. chilll chill sudah.. Laman sosial ni banyak membantu kita saling berukhuwah fillah abadan abada gituu.. hehe.

“Saling berkongsi kenangan2 indah bersama.. janganlah nk berhujah cari salah je. Penat tau nak layan.

“Masuk gambar ini salah, gambar tu salah.. video tak kena… masuk gambar anak peragakan baju kata nk jual anak, masuk gambar review tak sensiitif orang tak makan, pergi buat benda baik kata juga mcm2.. dah tu korang nk suruh buat apa supaya korang berhenti berkata2? Cer citer?,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Foto : Instagram Abby Abadi

IKLAN