Categories: Berita

“Masjid Terbesar Di Dunia Selepas Masjidil Haram Ini, Kini Bertukar Menjadi Cathedral,” – Cerita Imam Muda Asyraf Buat Netizen Sebak

Share

Imam Muda Ashraf ada meluahkan kesedihan apabila berkongsi kisah Masjid Cordoba iaitu masjid terbesar di dunia selepas Masjidil Haram yang kini digelar Mezquita-Catedral de Cordoba.

Jelasnya, kejatuhan masjid ini ke tangan pihak gereja adalah antara lambang kejatuhan kegemilangan 800 tahun kerajaan Islam Andalus, lama dahulu.

“Masjid yg suatu ketika dulu merupakan masjid terbesar di dunia selepas Masjidil Haram ini, kini bertukar menjadi Cathedral.

“Basahnya hujan mengiringi air mata yang terjurai mengenang kejatuhan kegemilangan 800 tahun Kerajaan Islam Andalus,” tulisnya.

Ulasnya lagi, masjid ini pernah menjadi pusat tamadun ilmu ketika zaman kegelapan Eropah.

Masjid Cordova ini bagaikan bunga yang menerangi di tengah kegelapan Eropah.

“Ketika hampir 400,000 manusia seluruh dunia keluar masuk menuju hampir 75 perpustakaan sekitar kota ini utk menggali tamadun Ilmu disini. Sedangkan Eropah sedang bergelap tanpa lampu menerangi.

“Sungguh perkataan yang pedih didengari sewaktu melangkah masuk kedalam Masjid Cordova ini ialah "Anda tak perlu membuka kasut untuk memasuki bangunan ini",” katanya.

Masjid Cordoba terletak di ibu kota Sepanyol iaitu Cordoba semasa pemerintahan dinasti Umayyah Khalifah Abdurrahman III pada tahun 787.

Pada tahun 1994, masjid terbabit telah ditetapkan oleh Unesco sebagai salah satu tempat peninggalan yang sangat bersejarah dan penting di dunia.

Foto : Instagram Imam Muda Asyraf

IKLAN