Uncategorized

Masing-masing Panggil ‘Sayang’, Ernie Zakri Dan Syamel Bercinta Ke?

Share

Amboi, MH macam dah dapat ‘bau’ ada pasangan baru selebriti kita lah!

Menerusi laman Cik Pang di Harian Metro, difahamkan bahawa kedua-dua penyanyi ini iaitu Ernie Zakri dan Syamel AF berhubungan agak mesra malah turut membahasakan diri masing-masing dengan panggilan ‘sayang’.

Wow… kalau betul mereka berdua benar-benar bercinta, MH pun tumpang gembira juga lah!

Yalah, umur pun bukan makin menurun tapi meningkat kan? jadi kalau dah jumpa yang sesuai, nak tunggu apa lagi kan?

Dengar khabar juga, mereka kini sudah bersikap terbuka untuk bercerita mengenai hubungan mereka. Kalau dulu kan macam ‘tarik-tali’ bila disoal mengenai status mereka.

Dalam pada itu, MH difahamkan hubungan mereka ini dikatakan berputik selepas Ernie putus cinta dengan kekasihnya. Aduh! macam drama pulak kisah cinta mereka ini.

MH nak tahu juga, apa la yang Syamel buat untuk jadi ‘Mr Right’ Ernie ya? hehehe…

Siapa tahu, kuat jodoh mereka hingga ke jenjang pelamin. Katanya lagi, keluarga Ernie pun dah bagi restu. Mereka berdua pun sepadan.

Sementara itu, dalam kesempatan ini, MH juga nak ucapkan ‘Good Luck’ kepada Ernie Zakri dan Syamel yang bakal berentap dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 pada hujung minggu ini untuk single ‘Aku Cinta’.

Sumber: Harian Metro

IKLAN