Penampilan ‘wow’ yang digayakan aktres Rozita Che Wan di Anugerah MeleTOP Era (AME2021), Ahad lalu ‘memancing’ perhatian netizen.
Memilih busana serba oren bersama perincian kembang di bahagian atas bahu, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mempunyai sebab tersendiri menggayakan fesyen seperti itu buat pertama kali.
Menurut Che Ta, dia hanya mengikut tema, apatah lagi keberadaannya ketika itu adalah sebagai penyampai anugerah.
“Tema dia Met Gala, jadi lain daripada yang lain lah. Distailkan oleh Abu dan persalinan ini daripada Kuntum.
“Ya pertama kali mengenakan persalinan sebegini kerana tema. Selalu temanya ‘glam’, extravaganza tapi kali ni temanya Met Gala. Jadi inilah hasilnya,” katanya.
Che Ta lagi juga turut menjelaskan sebagai tetamu yang dijemput adalah wajar untuk mengikut dan menghormati permintaan ‘tuan rumah’.
Ads
“Bila kita menghadiri sesuatu majlis itu, kita cuba menghormati tuan rumah dengan mengikut tema yang diberikan.
“Saya punya stylist mengikut tema, jadi saya cakap dengan dia tidak perlu yang terlalu over sangat. Mungkin saya rasa warna busana ini yang menarik perhatian.
“Macam saya kalau hadiri mana-mana majlis anugerah, pakai putih atau hitam. Jadi kali ini mahukan ‘colour’. Misalnya kalau hari biasa pun, saya kerap pakai yang berwarna.
“Jadi saya cakap dengan stylist mahu warna oren. Jarang orang pakai, tapi hari ini (AME2021) ada tiga orang pakai warna sama,” seloroh Che Ta.
Ads
Tidak ambil hati dengan usikan netizen terhadap gaya yang ditampilkan, Che Ta berkata masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.
“Mereka boleh komen apa yang mereka nak komen sebab mungkin ada yang tak tahu apa alasan kita (tema) jadi saya okay je.
“Masing-masing ada minat, kesukaan dan pendapat yang berbeza. Saya ada pendapat saya. Mereka boleh lontarkan apa yang mereka rasa, tetapi hanya kita yang tahu dan ada sebab mengapa bergaya seperti ini,” jelasnya.
Che Ta pada masa sama turut tumpang gembira dengan kemenangan rakan artis, Fasha Sandha menerusi kategori Pelakon MeleTop.
Terdahulu, AME2021 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), selepas mengalami beberapa kali penangguhan majlis akibat penularan Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Demi komitmen pada kerjaya, penyanyi Min Yasmin memaklumkan dia menyambut kedatangan 1 Syawal di Tawi-Tawi, Filipina kerana terbabit dengan persembahan sempena kempen pilihan raya di negara berkenaan
Jelas Min, dia bertolak ke Filipina sejak 26 April lalu bersama suami, komposer Julfekar dan berada di sana selama 29 hari.
“Alhamdulillah, selepas dua tahun tidak boleh ke luar negara, tahun ini rezeki saya dapat kembali ke sini. Seperti semua tahu,Filipina ibarat rumah kedua saya kerana sering ulang alik membuat persembahan selain pernah mengadakan konsert.
“Kali ini, saya dijemput untuk membuat persembahan di beberapa lokasi sempena kempen pilihan raya Filipina. Satu penghormatan buat saya daripada pihak kerajaan di sini kerana ini kali kedua saya terbabit. Bagi saya, ini satu lagi peluang keemasan selain dapat melepas rindu dengan seluruh peminat di sini,” katanya.
Kali pertama berhari raya di perantauan, penyanyi lagu Belum Lelah Setia ini bagaimanapun terbuka dengan rezeki seni yang diterima dari negara jiran.
“Apabila mendapat tawaran ini, tentu saja saya dan suami berbincang. Apatah lagi tarikh penerbangan kami kurang seminggu lagi untuk menyambut hari raya.
“Namun, apabila difikir semula tawaran ini bukan selalu datang. Jadi, saya dan suami bersetuju. Memandangkan kami pergi berdua, jadi tidaklah saya berkeseorangan menyambut raya. Ditemani suami juga satu rahmat biarpun tak dapat bersama keluarga lain.
“Nak kata sedih, memanglah sedih lagi-lagi sudah dua tahun kita berhari raya dalam keadaan pandemik dan terpaksa berjauhan dengan keluarga yang lain.
“Setiap kali solat pastinya saya dan suami berdoa untuk dimurahkan dan dipermudahkan rezeki, namun apabila rezeki yang Allah nak beri datang pada masa begini, kami reda dan sangat bersyukur dengan rezeki ini. Alhamdulillah,” katanya lagi.
Selepas empat hari menjalani prosedur pembedahan melahirkan anak ke tiga, pelakon, Syatilla Melvin memaklumkan dirinya kini terpaksa kembali dan mendapatkan rawatan di hospital.
Menurut Syatilla, ketika ini, dia mengalami simptom sakit kepala yang agak teruk sehingga menyebabkan dirinya tidak mampu bangun serta menyusukan bayinya itu.
Pelakon yang kini menerap di Montreal, Kanada, Azah Aziz mempunyai cara tersendiri dalam menitipkan ucapan raya buat para peminat.
Menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan di Instagram, tiga anak terunanya iaitu Aaron, Ryan dan Justin secara ringkas memberikan salam seterusnya memberikan ucapan.
Azah atau nama sebenarnya, Norazah Aziz, 48, menjelaskan, tahun ini mereka cuba berkongsi foto mengenakan persalinan raya apabila menganjurkan rumah terbuka.
“Ucapan Selamat Hari Raya from my boys, Aaron, Ryan and Justin. Tahun ni tak de baju melayu semua dah tak muat dan first raya Justin sekolah, yang lagi dua busy.
“Hubby pun buzy kerja, so sebab tu tak de gambar raya tahun ni, nanti kita buat open house will try to get everyone together for raya pictures.
“Hahh, sorang cakap selamat hari raya, sorang cakap assalamualaikum lakk, ok tak pe Sambut jangan tak sambut okay,” tulisnya.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...