Penampilan gaya hijab penyanyi bervokal mantap, Aina Abdul ketika muncul di Sidang Media Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA) yang berlangsung petang semalam, mencuri perhatian warganet.
Selain ramai yang tidak sabar untuk menantikan konsert berskala besar pertamanya, ada juga yang mengkritik susulan imej yang dibawa pada majlis berkenaan.
Menerusi beberapa komen di media sosial Aina, ada netizen yang menyamakan gaya hijab penyanyi berkenaan seolah-olah seperti biarawati gereja atau ‘sister’.
Tidak mahu memperbesarkan isu, penyanyi lagu Sepi itu dalam tenang menjawab.
“Sebenarnya ‘look’ hari ini, kita memang nak tampil macam ini. Bukan apa… Tapi ini memang branding Aina Abdul. Memang kita akan ada elemen suprise punya elemen,” katanya.
Aina pada masa menyifatkan dia hanya menghargai fesyen, selain apa yang digayakan tidak memberi apa-apa maksud.
“Saya suka fesyen… Walaupun nampak macam ‘sister’ bagi saya, hanya appriciate benda itu as a fashion only. Fashion is just for a statments, temporary statment for that period of time.
Ads
“Bukan kita macam pakai begini, saya berubah atau saya memuja something, no. This is my way to inspired people kat luar sana that you can be diffrent.
“Untuk kat luar sana, kalau mereka nak follow, followlah. Kalau tak follow… Saya bukan nak suruh orang pakai tudung macam ni. Kalau yang nak pakai, good for you,” katanya lagi menerusi sidang media yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Sementara itu, Aina mengakui rasa teruja apabila jualan tiket konsert yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 Jun itu sudah pun terjual lebih 80 peratus.
Aina bagaimanapun optimis seterusnya mengesyorkan peminat yang masih belum mendapatkan tiket untuk segera berbuat demikian atas kelainan yang bakal dilakukan pada dua malam itu nanti.
Ads
“Alhamdulillah, setakat ini jualan tiket memberangsangkan dan masih berjalan. Biarpun tanpa sebarang tajaan kerana kami masih lagi dalam proses mencari penaja yang berminat, semuanya dipermudahkan.
“Andai kata tiada penaja, semuanya bakal dilakukan sendiri oleh saya dan Aina Abdul Entertainment (AAE). Saya berharap ada sinar yang menanti. Dalam masa yang sama, saya berterima kasih kepada semua yang memahami situasi yang bergerak sendiri dalam merealisasikan ANWAA.
“Sokongan tanpa berbelah bahagi akan saya kenang sebagai pemangkin dan pembakar semangat untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam kerjaya seni saya, insya-Allah,” katanya.
Menampilkan figura terkenal, Mac Chew sebagai pengarah muzik dan dibantu oleh penerbit terkemuka, Jenny Chin untuk mengemudi ANWAA, Aina menjanjikan kelainan yang berbeza.
Ads
“Semua aspek saya ambil kira. Jika mereka mengenali seorang Aina Abdul, mereka pasti tahu saya sangat cerewet dan sentiasa mahu memberikan yang terbaik. Mengenai harga tiket, saya faham dengan kekangan yang ada dan bersyukur kerana peminat memahami.
“Semuanya telah ditetapkan mengikut kesesuaian, seperti contoh melihatkan kepada kapasiti penonton dalam Panggung Sari, Istana Budaya nanti, hanya 70 peratus sahaja dibenarkan dan setakat ini, ANWAA masih berstatus ‘self funded’ kerana kami masih mencari penaja.
“Tapi ia tak menghalang kami untuk memberikan yang terbaik dari segi pemuzik dan sebagainya. Line-up musician (string, horn section, band) semuanya dalam kalangan profesional. Sistem audio, LED, penataan pentas, kawalan keselamatan, ‘glam team’ saya (pereka busana, penata gaya, penata hijab, solekan) dan pelbagai lagi, semua yang terbaik dirancang untuk ANWAA.
Bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli tiket ANWAA dalam kuantiti yang banyak, boleh menghubungi ‘team’ Aina Abdul di media sosial untuk harga istimewa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Mira Filzah sempat mengingatkan kepada kaum wanita untuk mengenakan pakaian yang sesuai serta mudah ketika hari vaksinasi.
Perkara tersebut dijelaskan pelakon Sweet Dreams itu menerusi Insta Story selepas ditanya seorang peminat mengenai persalinan sesuai untuk dikenakan ketika mengambil vaksin.
Mira berkongsikan pengalaman memandangkan dia baru sahaja mendapatkan suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca.
“Mira pakai baju lengan besar, senang nak singsing lengan. Tapi Mira pakai juga arm socks, supaya bahagian nak cucuk sahaja yang terdedah. Lengan tak terdedah.
“Kebetulan dalam cubicle ni, ada seorang pegawai perubatan lelaki, seorang lagi perempuan. Lega Mira pakai arm socks daripada rumah,” kongsinya.
Sementara itu menerusi satu hantaran di Instagram, pemilik nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, ada berkongsikan pengalaman dan suasana ketika menerima suntikan vaksin dos pertamanya itu.
Terdahulu, beberapa selebriti tanah air selesai menerima suntikan pertama vaksin antaranya Elfira Loy, Azira Shafinaz, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Neeta Manis, Datuk A. Aida dan ramai lagi.
Foto: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengimbau kembali detik bersejarah lebih dua dekad lalu bersama kumpulan New Boyz, penyanyi, Tomok ada berkongsi sebuah video yang memaparkan tempat di mana mereka mengadakan sesi rakaman daripada album pertama hingalah yang terkahir.
Jelas Tomok, tempat ini amat bersejarah buat dirinya kerana hampir 90 peratus lagu-lagu New Boyz telah dirakamkan di sini.
Katanya lagi, selain New Boyz, studio ini turut telah digunakan oleh ramai penyanyi ternama yang lain antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Noraniza Idris, Handy Black dan ramai lagi.
“Assalamualaikum, saya nak share dengan anda semua tempat di mana saya memulakan karier saya di awal pembabitan di dalam industri seni bersama dengan New Boyz.
“Belakang saya ini adalah studio yang bersejarah buat kami. Boleh dikatakan hampir 90% lagu-lagu kami dirakamkan di sini.
“Saya nak bawa anda masuk ke dalam dan lihat sendiri tempat recording New Boyz. Ramai juga artis yang pernah buat rakaman dekat sini seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Noraniza Idris, Handy Black dan ramai lagi,” katanya.
Video berdurasi lebih tiga minit itu dikongsikan oleh Tomok menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang anak ini turut meluahkan rasa syukur kerana berberkesempatan untuk mengadakan sesi rakaman di salah satu studio terbaik di negara ini.
“Terlalu banyak kenangan. Rasa bertuah dapat merakamkan album di antara studio rakaman yang terbaik kat Malaysia
“Video clip Sejarah Mungkin Berulang pun kami record kat studio ni. Oh ya,video ni saya rakam sebelum puasa hari tu tau,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkogsian tersebut selain turut meluahkan rasa rindu terhadap Kumpulan New Boyz.
Sumber: Instagram Tomok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Syatilla Melvin, ada berkongsi foto bersama rakan lama, Neelofa menerusi laman Instagram miliknya.
Umum sedia maklum, mereka berdua pernah bersaing dalam Pencarian Dewi Remaja kira-kira 9 tahun lalu dan masing-masing kini sudah pun berjaya dalam kerjaya seni.
“Sama-sama atas platfrom Dewi Remaja, banyak yang dah berubah dan merubah.
“Thank you support aku beb,” tulis ibu kepada dua beranak ini.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut sama throwback mengenai pertandingan edisi tersebut yang turut menampilkan beberapa finalis yang kini turut mencipta nama dalam seni.
Antaranya Izara Aishah, Anzalna dan Azar Azmi.
Neelofa diumumkan sebagai juara menerusi pertandingan tersebut.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Idzham Ismail memilih untuk tidak lagi berkongsi sebarang penjelasan berhubung hantaran yang dimuat naiknya menerusi Instagram Story, baru-baru ini.
Idzham atau nama sebenarnya, Muhammed...