Masih Tampil Bertudung Sejak Bulan Puasa, Seri Kebahagiaan Pada Wajah Ibu Hamil Fasha Sandha Jelas Terpancar

Share

Pelakon versatil, Fasha Sandha yang kini sedang menantikan detik melahirkan permata hati bersama suami, pelakon Aidil Aziz menerima reaksi positif peminat apabila dilihat kerap kali memuat naik foto mengenakan tudung di Instagram.

Difahamkan, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh ini masih kekal menutup kepalanya sejak Ramadan.

Malah menerusi sekeping foto yang merakamkan dirinya mengenakan tudung pemberian penyanyi Siti Sarah, rata-rata peminat mendoakan agar Fasha terus istiqomah selain memuji kebahagiaannya bersama Aidil.

Yang pasti, seri ibu mengandung jelas terpancar pada wajahnya. Semoga urusan bersalin Fasha kelak dipermudahkan, insyaAllah.

Fasha yang kini muncul menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa bakal melahirkan anak ketiganya akhir Julai depan.

Imbas kembali, Fasha sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima, hasil perkahwinan pertama bersama Rizal Ashram.

Bagaimanapun, keduanya mengambil keputusan untuk berpisah kira-kira empat tahun lalu

Kemudian, Fasha berkahwin dengan l Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan kini sedang menantikan zuriat pertama mereka bersama.

Foto : Instagram Fasha Sandha

IKLAN