Sinetron negara jiran berjudul ‘Mutiara Hati’ pernah menjadi fenomena di Malaysia sekitar tahun 2005, watak bu Arini yang dilakonkan oleh aktres jelita tanah seberang Inneke Koesherawati memberikan kesan mendalam kepada rakyat di negara ini.
Inneke Koesherawati antara penyeri dalam drama berepisod tersebut. Watak dan jalan ceritanya cukup memberi kesan serta pengajaran.
Siapa sangka Inneke yang terkenal sebagai pelakon filem panas Indonesia sekitar tahun 1990-an, akhirnya mendapat hidayah dan memutuskan untuk berhijab pada tahun 2001 dan kekal istiqamah sehingga kini.
Pada tahun 2013, Inneke menyatakan hasrat mengundurkan diri industri seni kerana ingin fokus menguruskan suami, anak-anak dan keluarganya. Bagaimanapun, Inneke masih mempertimbangkan tawaran sebagai pengacara dan juga model busana muslimah.
Biarpun kini jarang muncul di televisyen namun Inneke Koesherawati masih aktif dalam dunia peragaan dan iklan.
Ads
Aura kecantikan wanita tinggi lampai ini masih terserlah biarpun usianya kini sudah mencecah 48 tahun.
AWET MUDA
Pada usia 48 tahun, Inneke Koesherawati kelihatan awet muda. Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini masih bergiat aktif sebagai model dalam pertunjukan fesyen muslimah di negaranya.
Selain itu, Inneke Koesherawati tetap aktif berkumpul dengan rakan-rakan selebriti meski wajahnya sudah jarang menghiasi layar televisyen.
Ads
FASHIONABLE
Jika berada di luar negara, Inneke Koesherawati kelihatan bergaya dengan tudung labuh yang digabungkan dengan outer wear dan seluar hitam longgar.
MANIS BERHIJAB
Biarpun sering bertudung labuh yang digabungkan bersama jubah berwarna krim, Inneke Koesherawati tetap kelihatan menawan.
Setiap kali memuat naik hantaran di Instagram, Inneke Koesherawati sering menutup ruangan komen.
Ads
Untuk rekod, pada tahun 2004 Inneke Koesherawati mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan berstatus duda bernama Fahmi Darmawansyah.
Mereka melangsungkan pernikahan di Menara Saidah yang merupakan aset keluarga Fahmi Darmawansyah. Ternyata, suami Inneke Koesherawati berasal dari keluarga yang berada dan terkenal.
Sekadar info artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Setelah bertahun-tahun sering dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Kim Jong Kook, akhirnya pelakon Song Ji Hyo membuka mulut mengenai perkara itu.
Ji Hyo mengakui dia bencikan gosip tersebut malah pernah memberi ‘amaran’ kepada Jong Kook, 46, yang juga merupakan rakan gandingannya dalam Running Man.
“Sejujurnya, saya memang tidak suka bila orang sering kaitkan saya bercinta dengan Jong Kook. Malah saya pernah cakap dengan Jong Kook agar kami tidak saling jatuh cinta satu sama lain.
“Dulu masa Gary ada, penonton semua ingat saya bercinta dengan Gary… bila dia tinggalkan Running Man, tiba-tiba orang kaitkan saya dengan Jong Kook pula.
“Saya benci dengan gambaran yang diberikan itu seolah-olah menunjukkan saya seorang wanita yang bercinta dengan dua lelaki pada satu masa,” katanya ketika ditemubual menerusi program Tteokbokki Brothers yang dihoskan Ji Suk Jin.
Ketika ditanya Suk Jin, adakah pernah dia berasa berdebar-debar ketika di samping Jong Kook, Ji Hyo dengan pantas menjawab, “tidak sama sekali”.
Malah, Ji Hyo turut berkata ciri-ciri lelaki idamannya adalah sangat berbeza dengan penampilan segak yang dimiliki Jong Kook.
“Saya suka lelaki yang ada sedikit perut (buncit) seperti karakter kartun Winnie The Pooh,” katanya.
Biarpun sudah memasuki usia 41 tahun, Ji Hyo menjelaskan dia tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.
Dia juga memberitahu tidak pernah keluar ‘blind date’ sebaliknya lebih suka mengenali seseorang itu secara semula jadi.
“Saya tidak mahu keluar bertemu janji cara ‘blind date’. Sebaliknya jika saya jumpa seseorang yang saya suka dan rasakan sudah sampai masanya untuk berkahwin, baru saya akan fikirkan ke arah itu secara serius,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan popular David Beckham dan Victoria Beckham merupakan antara pasangan selebriti antarabangsa yang dikenali begitu rukun dalam menjaga rumah tangga mereka. Dengan usia perkahwinan yang sudah mencecah 23 tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Dalam satu temu bual bersama River Café Table Podcast, bintang bola sepak ini mendedahkan yang isterinya itu makan menu yang sama sahaja sejak 25 tahun lalu ketika mereka mula-mula berkenalan.
David yang merupakan seorang penggemar dan kerap bereksperimentasi dengan makanan berkata, “Saya boleh berperasaan emosional tentang makanan dan juga wine, apabila saya makan sesuatu yang hebat saya mahu orang lain juga menikmatinya.
“Malangnya saya berkahwin dengan orang yang hanya makan menu yang sama selama 25 tahun. Sejak saya kenal dengannya, dia hanya makan ikan bakar dan sayur kukus. Jarang sekali dia tersasar dari makan menu tersebut.”
David menambah lagi yang isterinya ini hanya pernah sekali sahaja makan makanan dari pinggannya ketika mengandungkan anak bongsu mereka, Harper Seven.
Kongsinya, “Ada sekali sahaja dia berkongsi makan makanan yang ada di pinggan saya. Ketika itu dia sedang mengandungkan Harper dan ia merupakan perasaan yang paling menakjubkan. Saat itu merupakan petang kegemaran saya. Apa yang pasti, dia tidak lagi makan menu tersebut sejak itu.”
Victoria atau popular dengan gelaran Posh begitu menjaga pemakanannnya untuk mengekalkan bentuk tubuh dan menjaga kesihatan. Dia sebelum ini pernah mengakui yang tidak makan makanan yang dimasak menggunakan minyak, mentega atau sos. Ahli kumpulan Spice girl ini juga tidak makan daging merah dan makanan berasaskan tenusu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Tiba-tiba nama seorang model kacak asal Myanmar, Paing Takhon menjadi sensasi di media sosial apabila menjadi sami seterusnya mengabadikan dirinya kepada agama anutannya selama 10 hari.
Paing dilihat turut berkongsi gambar dirinya yang mengenakan pakaian sami dan tinggal bersama komuniti tersebut.
Lantas, warganet terus mengikuti dan mencari siapakah gerangan figura sasa berusia 24 tahun ini.
Rupanya, Paing merupakan seorang seorang selebriti dan aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian di negaranya. Malah, jejaka ini turut bergiat aktif sebagai model.
Bagaimanapun baru-baru ini, Paing menjalani kehidupan sebagai seorang sami dan perkara itu turut dikongsikan menerusi kapsyen yang dimuat naiknya di Instagram.
“Menghabiskan tahun baru 2021 saya dengan menjadi sami untuk 10 hari dan saya merasa tenang dan mengetahui diri saya dengan lebih mendalam…,” tulisnya.
Kerjaya glamor Paing bermula pada tahun 2014 lalu apabila dia menjadi seorang model di pentas peragaan fesyen.
Tidak lama selepas itu, dia yang mempunyai darah kacukan Myanmar-Cina ini mulai mendapat kepercayaan produksi untuk membintangi beberapa filem dan drama di negaranya.
Difahamkan, Paing pernah dilantik menjadi duta pelancongan negara Myanmar dua tahun lalu.
Sementara itu pada tahun lalu, jejaka yang mempunyai ketinggian 1.78 meter ini pernah tersenarai sebagai salah seorang jejaka kacak oleh TC Chandler pada kedudukan kesepuluh.
Foto: Instagram Paing Takhon
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam dunia penerbangan, seragam kru kabin bukan sekadar pakaian kerja – ia juga melambangkan identiti jenama, budaya dan estetika syarikat penerbangan.Baru-baru ini, senarai 10...