“Masih Nak Cium, Belai & Manjakan Anak-Anak,” – Biar Sudah Dewasa, Jasmin Hamid Tetap Layan Anak Seperti Bayi

Share

Pelakon senior, Jasmin Hamid ada berkongsi cerita tentang kisah berkaitan permata hatinya anaknya bersama peminat di laman media sosial Instagram.

Menurut Jasmin, dia tetap memberi sepenuh perhatian kepada anaknya seperti bayi meski mereka kini sudah meningkat dewasa.

“Masih Nak Cium, Belai & Manjakan Anak-Anak,” – Biar Sudah Dewasa, Jasmin Hamid Tetap Layan Anak Seperti Bayi

“Sebagai Ibu ,saya masih rasa anak-anak saya macam baby juga..Padahal dah besar panjang.

“Masih nak cium, belai dan manjakan anak-anak..@jon_macquistan.

“Pada ibu-ibu yang lain, kalau uols pun ada rasa yang sama macam saya, kita geng Hebat Bukan?,” tulisnya.

Terdahulu Jasmin dan bekas suami, Ian Rashid Macquistan berpisah pada 4 Februari 2008 selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2000.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ian Haziq selain menjaga dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim.

Foto: Instagram Jasmin Hamid

IKLAN