Sektor perubatan di Malaysia semakin tenat dan membimbangkan oleh kerana oleh kerana peningkatan kes positif yang kian meningkat setiap hari.

Lalu pelakon Ummi Nazeera meluahkan rasa sedih serta kesal apabila melihat nasib petugas barisan hadapan yang telah berkorban dan keletihan untuk menyelamatkan orang ramai.

Malah, Ummi berpendapat perkara ini terjadi kerana ada segelintir masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri.

“Gambar terakhir yg diambil rakan sebelum jatuh sakit kerana TERLALU PENAT”

“Maafkan kami rakyat Malaysia sebab selfish … Masih ada yg merungut tak boleh keluar rumah .. Masih ada yg tak jaga SOP .. Masih ada yg marah frontliners..

“Ada yang marah tak boleh bekerja sebab tak boleh mencari rezeki .. Ada pula yg marah dan fikir pkp tak dilaksanakan dengan cukup ketat kerana mereka masih perlu bekerja.

“Yea tak senang nak menyelamatkan kedua- duanya.. Nyawa & ekonomi.. Yea kami tahu tapi ada juga di antara kami yg tetap selfish .. merungut dan hanya tahu menuding jari..

“Tidak tahu bersyukur di atas nikmat yg diberi. Masih boleh bernafas.. Masih boleh melihat. Masih boleh mendengar. Maafkan kami. Damailah kamu di sana wira wira Malaysia. Semoga Allah memaafkan kami. Astaghfirullah,” tulisnya.

Foto: Instagram Ummi Nazeera

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI