Ads

“Masih Ada Yang Ingat,” – Linangan Air Mata Sheila Rusly Syukur Atas Doa Saharul Ridzwan Di Tanah Suci, Sebaknya!

Pengarah dan penerbit, Jinggo yang juga merupakan suami kepada pelakon, Sheila Rusly memuat naik video isterinya sedang mengalirkan air mata.

Saat ditanya mengapa, Sheila mengatakan bahawa air mata tersebut bukanlah air mata kesedihan tetapi sebaliknya.

Rupanya-rupanya, Sheila terharu apabila Saharul sempat mendoakan dia dan suami di depan Kaabah.

“Saharul Ridzwan ada dekat Mekah, I tak pernah suruh buat apa-apa untuk I, selama ni pun apa I buat untuk dia adalah ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Ads

“I tak pernah harap apa-apa dengan Saharul tapi rasa bersykur sebab dalam ramai-ramai artis yang I didik, masih ada yang ingat I,” katanya di dalam video tersebut.

Dalam pada itu, Sheila menerusi perkongsiannya juga sempat mendoakan agar umrah Saharul dipermudahkan.

Ads

“Antara mereka yg terpilih didalam doa @saharulridzwan sedih sangat bila sis dapat whatsapp ni.

“Tak pernah sekali sis mintak balasan dari mereka yg sis didik. Cukup sekadar menghargai. Moga allah permudahkan segala urusan kita didunia & diakhirat. Umrah mabrur insyaallah. #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya di Instagram.

Ads

MH difahamkan, Saharul kini mengerjakan umrah bersama isterinya, Qabilaa Deena Emir dan anaknya, Muhammad Luth Ali.

Foto/Instagram: Jinggo, Sheila Rusly & Saharul Ridzwan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Terus Terbang Tinggi, Kami Merayakan Kemenanganmu,” – Dedikasi Buat Misha Omar...

Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.
error: Hello. Cannot.