
Walaupun masih menerima pelbagai tawaran daripada penerbit dan stesen televisyen, selebriti dan usahawan, Noor Neelofa memilih untuk memperlahankan langkah dalam dunia hiburan buat sementara waktu.
Keputusan itu bukan kerana mahu bersara, sebaliknya dibuat atas kesedaran bahawa keutamaan hidupnya kini adalah keluarga serta membesarkan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian penuh penjaga.
Kira-kira 17 tahun mewarnai industri hiburan sejurus menjuarai Dewi Remaja 2009/2019, Neelofa sebelum ini sinonim menerusi beberapa program TV selain drama dan filem.
Dalam pada itu, keputusan untuk berehat daripada dunia hiburan adalah atas pilihannya sendiri kerana mahu memberikan fokus terbaik kepada dua anak lelakinya,
Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.“Saya memang duduk rumah sajalah buat masa sekarang. Ada yang ajak saya buat filem dan beberapa program.
“Cuma bagi saya, macam sekarang ini saya kena berlaku adil kepada anak-anak. Mereka ada hak ke atas saya dan saya sendiri ada pilihan.
“Ada sesetengah orang tiada pilihan, kena kerja dan sebagainya. Tapi saya pilih untuk duduk bersama mereka (anak-anak) serta banyakkan masa bersama-sama.
“Kita tak tahu lagi apa terjadi dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang. Mungkin ada program televisyen atau selebihnya,” katanya.
Bitnang drama Suri Hati Mr. Pilot itu turut menjelaskan, dia tidak pernah mengumumkan persaraan.
Sebaliknya, hanya mengambil keputusan untuk menyusun semula keutamaan dalam kehidupannya ketika ini sebagai seorang isteri dan ibu berkejaya.
“Iya, masih ada tawaran sampai sekarang, syukur. Cuma saya cakap tak boleh.
“Saya tak pernah cakap saya bersara tapi mungkin ‘timeline’ dia bukan untuk hiburan buat masa ini,” katanya lagi.
Baca Artikel Lain;
Neelofa turut mendedahkan, dia belum sempat merindui dunia seni kerana rutin hariannya kini dipenuhi dengan tanggungjawab menguruskan keluarga di samping memberi perhatian kepada perniagaan yang diusahakan.
“Tak sempat nak rindu (dunia hiburan) sebab penat ada dua orang anak. Saya rasa macam walaupun banyak masa di rumah, masih tak sempat nak bagi (perhatian) sepenuhnya.
“Ada masa kita nak rehat, ada masa nak kena jaga perniagaan, ada masa nak masak, layan atau main dengan anak-anak.
“Saya rasa tak sempat nak fikir benda luar. Kalau mereka dah besar dan sudah sekolah, mungkin masa itu saya rasa ada waktu lapang, kena buat sesuatu,” tambahnya lagi.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.