Masak Kurma Ayam, DS Shahida Hidang Lauk Buat Pemuda Bisu & Pekak, Dah Jadi Sebahagian Keluarganya

Share

Beberapa minggu lalu, usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri terkejut apabila didatangi seorang pemuda kelainan upaya (OKU) ke kediamannya pada 2 Julai lalu.

Bagaimanapun, Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sepakat untuk mengambil pemuda berkenaan sebagai ahli keluarga barunya, sementelah pemuda berkenaan hadir untuk mencari kerja.

Menerusi posting di Instagram, Shahida turut menyediakan makanan enak buat pemuda yang berasal dari Johor itu. 

“Hari ni saya masak kurma ayam… Syukri family baru saya ni suka makan bertambah2 nasi sedap katanya.. sebab tu suka masak sebab ada org hargai masakan kita,

“Nanti saya share resipi kurma ayam saya kalau sudi nak tengok,” kongsi Shahida sambil disertakan gambar pemuda itu. 

Dalam pada itu, pemuda OKU (pekak dan bisu) ini dilayan sama rata dengan anak-anak Shahida sendiri.

Sementara itu, di ruangan komen, netizen mendoakan agar keluarga bahagia ini sentiasa dimurahkan rezeki.

Malah, ada juga yang bertanya kepadanya mengenai apakah yang berlaku saat pemuda tersebut mendiami kediaman mereka sekeluarga.

Terdahulu, pemuda itu datang dari Johor semata-mata untuk bertemu dengan Aliff selaku peminat setia.

Dalam pada itu, pemuda itu turut meminta bantuan Aliff memberikannya peluang pekerjaan.

Foto : Instagram Shahida/ Aliff Syukri

IKLAN