Beberapa minggu lalu, usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri terkejut apabila didatangi seorang pemuda kelainan upaya (OKU) ke kediamannya pada 2 Julai lalu.
Bagaimanapun, Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sepakat untuk mengambil pemuda berkenaan sebagai ahli keluarga barunya, sementelah pemuda berkenaan hadir untuk mencari kerja.
Menerusi posting di Instagram, Shahida turut menyediakan makanan enak buat pemuda yang berasal dari Johor itu.
“Hari ni saya masak kurma ayam… Syukri family baru saya ni suka makan bertambah2 nasi sedap katanya.. sebab tu suka masak sebab ada org hargai masakan kita,
“Nanti saya share resipi kurma ayam saya kalau sudi nak tengok,” kongsi Shahida sambil disertakan gambar pemuda itu.
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan sudah tiba masanya untuk dia tidak lagi mengejar populariti sebaliknya mahu menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat.
Katanya, selepas 11 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan ini, dia merasakan seperti sudah puas dengan apa yang dimilikinya ketika ini.
“Sebenarnya semua orang akan melalui fasa seperti saya dimana saya dah puas sengan apa yang saya ada.
“Saya dah puas rasa glamour dengan dunia gedik dan dunia viral saya. Jadi, dah 11 tahun dalam industri ini, saya kena slow down sebab saya dah punyai anak yang banyak dan abah saya pun dah meninggal,” katanya kepada MH.
Datuk Seri Aliff ditemui sejurus selapas anaknya, Yusuff Al Qardawi dinobatkan sebagai Si Cilik Meletop di Anugerah Meletop Era 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bobo Di Mana itu turut tidak menolak sekiranya dia menjadi seorang yang alim satu hari nanti.
“Saya tak kisah untuk jadi alim tapi bagi saya, saya perlu menjadi contoh yang baik untuk dipandang masyarakat.
“Bukan tujuan untuk glamour atau tunjuk baik tapi saya merasakan diri saya dah tua.
“Dengan umur 32 tahun ini, saya rasa tiba masanya untuk saya berubah untuk jadi lebih matang,” akhiri Aliff.
“Kami juga terbuka untuk menjalin kerjasama dengan figura terkenal tanah air contohnya Datuk Seri Siti Nurhaliza, untuk menerbitkan buku mengenai kembara seninya sebagai wanita Muslim sekiranya diberikan peluang.”
Demikian impian syarikat penerbitan, Tertib Publishing yang optimis memasang impian melakar jaya sebagai peneraju bahan bacaan Islamik, pengetahuan dan inspirasi dalam bahasa Inggeris.
Muncul setahun sebelum era pandemik COVID-19, syarikat berkenaan pantas mencuri perhatian dan rujukan ramai tidak kira di dalam atau luar negara.
Pengasas merangkap Ketua Pengarah Eksekutifnya, Khairul Amar Razali itu berkata sehingga kini sudah 51 judul buku diterbitkan merangkumi pecahan bacaan dewasa dan kanak-kanak.
Mempunyai latar belakang bidang pendidikan dalam ijazah sarjana di Universiti Malaya dan kini bergelar pelajar DoktorFalsafah (PhD) juga di dalam bidang yang sama, antara faktor kuat yang menjelaskan kesungguhan lelaki berusia 35 tahun dari Terengganu ini melebarkan empayar syarikat.
“Membaca itu jambatan ilmu. Ia teras yang sudah sebati dalam diri kita dari kecil sampai dewasa. Itu menjadi manifestasi utama apa yang saya usahakan ini.
“Cuma saya cuba melawan arus untuk menerbitkan bacaan dalam bahasa Inggeris. Pendek kata, saya nak jadi penerbit bahan bacaan Islamik berbahasa Inggeris yang dicari ramai.
“Lagipun penerbitan bacaan bahasa Melayu sudah banyak di pasaran,” katanya yang sebelum ini belajar dalam bidang kejuruteraan di sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat.
Kata Khairul Amar lagi, dia pada mulanya bimbang ketika pandemik menyerang, syarikatnya baru hendak bernafas.
“Ketika itu, ujian musibah ini meniup keresahan. Tapi siapa mampu menebak, permintaan bahan bacaan dikeluarkan mendapat permintaan tinggi. Daripada dua staf kini bertambah menjadi 13.
“Permintaan itu membuka ruang mengeksport buku ke luar negara termasuk Singapura, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan sebagainya.
“Ia membuka pintu ruang untuk meneroka pasaran luar. Tapi saya tak mahu terburu-buru. Biarlah dikukuhkan gelanggang tempatan dulu. Tapi jika ada kesempatan, cubalah sambil menyelam minum air,” katanya.
Bahan bacaan syarikat ini mendekati demografik generasi muda hingga awal 60-an.
“Kami bawakan penulis Islamik antarabangsa termasuklah nukilan penceramah motivasi terkenal seperti Yasmin Mogahed, Imam Dr. Omar Suleiman, Yahya Ibrahim. Bagaimanapun, kandungan lokal juga diutamakan.
“Termasuk kerjasama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menerusi terbitan buku The 49th Rules, Muslim Astronauts in Space dan The Twins’ Space Mission.
“Malah kami menjalinkan kerjasama dengan jenama Telekung Siti Khadijah menghasilkan buku kanak-kanak seperti The Madrasah of Ramadan (Activity Book),” katanya.
Sempena bulan Ramadan, mereka turut menerbitkan buku edisi istimewa.
“Ia termasuklah jenama Nuh & Nuha diambil bersempena nama anak kembar saya menerusi penerbitan buku kanak-kanak seperti ‘A Remarkable Ramadan Sound Book’. Ia buku interaktif bersuara yang disokong dengan audio bacaan doa dan amalan di bulan mulia ini.
“Tak ketinggalan, Ramadan Therapy, What I Would Like For Ramadan, My Ramadan Journey Puzzle, dan banyak lagi,” katanya mengenai bahan bacaan jenama ini dijual sekitar harga mampu milik serendah RM30 hingga RM90.
“Tahun ini disasarkan, dalam empat kelima bacaan baru akan diterbitkan. Anggaran jualan produk sebulan kami raih pada Mac lalu contohnya mencecah RM200,000. Tahun ini kami sasarkan jualan sekitar RM3 juta. Insya-Allah. Selain itu, sistem ejen juga mula dilaksanakan,” katanya.
Tambah Khairul Amar, ada permintaan menterjemahkan buku, ‘A Juz A Day: Summary of the Qur’an’ daripada Yahya Ibrahim ke dalam bahasa Melayu.
“Kami tengah mempertimbangkannya. Malah dalam masa sama, syarikat kami juga berpengalaman menganjurkan acara langsung dengan pembabitan penceramah Muslim antarabangsa.
“Pada 16 dan 17 April ini, kami menjemput Mizi Wahid, iaitu seorang ikon Muslim dari Singapura dalam acara perkongsian ilmu di Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur. Penyertaan dibuka kepada umum,” katanya yang turut terbuka kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen.
Sementara pembaca yang ingin memiliki bahan bacaan mereka juga boleh menghubungi pihaknya secara terus.
Hubungan antara pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, difahamkan pernah melalui detik tegang apabila Ariz mendakwa, dia pernah menerima perintah injunksi pada Disember...