“Masa Zaman Bercinta, Dia Paling Tak Suka, Benci GF Asyik Berkepit Atau Call 24 Jam…,” – Datin Almy Nadia Dedah Perubahan Suami Dulu & Kini

Share

Beberapa hari lalu, pelakon Datin Almy Nadia ada berkongsi momen suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang sedang melayan anak-anak sambil berkongsi kapsyen yang cukup menghiburkan di Instagram.

Almy ada berkongsi perangai si suami saat mereka sedang jalin hubungan cinta tidak lama dulu.

Malah kongsinya lagi, Fizz kini tidak dapat lari dengan gelagat anak kedua mereka, Nur Afrina Aurora yang manja dan sentiasa mahu ‘berkepit’ bersama.

“Dulu masa zaman bercinta, dia paling tak suka, paling benci gf dia asyik berkepit atau call 24jam. Nak jadikan cerita tu laa kann, skrg anak dia yg no 2 ni, suka sgt sgt berkepit dgn dia 24jam, tdo berkepit, g toilet ikut, mkn ikut mana sj mesti ada ngan papa dia, naik rimas mama.

“Nakk dapat anak yg kaki berkepit ngan dia padan muka.. x suka sgt kann dulu, skrg hambikkkkkk… yg lagi aku hangin si papa dia buat mcm tak ada mslh anak beranak dok bergaduh depan dia,” tulisnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat terhibur sekali gus mendoakan agar keluarga ini hidup harmoni bahagia.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra, 1 tahun.

Foto: Instagram Datin Almy Nadia

IKLAN