“Masa Untuk Masuk Dapur Sebab Sebelum Ini…,” – Kaka Azraff Cerita Kisahnya Sepanjang Tempoh PKP

Share

Penyanyi, Kaka Azraff kini akui banyak meluangkan masa bersama anak dan suaminya, Adam Azriff sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sibuk ini pada masa sama lebih kerap melakukan aktiviti memasak sepanjang berada di rumah selain mempelajari alat muzik, Ukelele.

“Sepanjang PKP ni Kaka banyak meluangkan masa bersama anak dan suami.

“Di samping itu, inilah masa untuk Kaka masuk ke dapur sebab sebelum ni memang jarang-jarang sikit nak masuk dapur.

“Pada masa sama, banyak juga belajar benda baru seperti belajar Ukelele dan cuba dapatkan sumber inspirasi daripada Instagram,” kongsi Kaka jujur.

Di samping itu, bintang ini turut meluahkan rasa sedih apabila PKP dijalankan seluruh negara yang kini sudah memasuki fasa ketiga.

“Perasaan itu, bila PKP dijalankan Kaka sedih dengan keadaan yang terjadi dalam dunia ni. Harapnya seluruh dunia dapat pulih seperti sedia-kala, insyaAllah,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 14 Disember 2018 dan kehidupan pasangan ini kian harmoni dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Aslan Adam pada 11 Oktober lalu.

 

IKLAN