“Masa Tu Punyalah Risau Kali Pertama Nak Kena Belah Perut,” – Anak Lelaki Kedua Lahir Lebih Awal, Ini Cerita Proses Bersalin Nourul Depp

Share

Penyanyi Nourul Depp atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab ada memberikan dedikasi bersempena dengan ulang tahun anak ketiganya, Raphael Depp yang kini mencecah usia lima tahun.

Tulisnya menerusi Instagram, anak lelakinya yang kedua itu dilahirkan secara pembedahan.

“Masa ni (5:10pm) baru ja dia keluaq dari bilik opération kat Princecourt nu. Ya. Dengan si anak lelaki kedua ni kami kena belah pequt (perut).

“Dia pun keluaq awai. 34 minggu dia haqu nak tengok dunia dah! Kami kena placenta previa kat dia. So dia merasmikan keluaq kot tingkap.

“Apa apa pun tak kisahlah. Janji selamat. Masa tu punya lah risau kali pertama nak kena belah pequt. Penakut nak mampuih,” maklum Nourul.

Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Kerana Terluka ini juga pada masa sama turut berkongsi, ada sesetengah ibu yang tetap mahu bersalin secara normal meski situasi tidak mengizinkan.

“Doktor aziz kata bersedia na. Memang kena sedia lah. Mana boleh paksa nak normal. Sat lagi naya ja tempah kain kapan kami. Nauzzubillah.

“Ada ibu yang degil na bila dia tau dia ada condition macam kami contohnya; dia takmau operate. Paksa jugak nak normal. Ada kes samada anak pi dulu atau mak dia yang gol. Jaga na. Jangan tak dengaq cakp doktor. Depa lagi tau.

“Alhamdulillah okay ja pun operate. Raphael dah 5 tahun dah. Syukur Alhamdulillah bersyukur sangat2 dengan kesihatan dan segala yang Allah bagi pada kami, pada Raphael dan sekeluarga.

“Awat hang putih sangat ?! Bila bawak berjalan orang tengok especially di france. Depa kata kami maid dari sri lanka. Happy birthday Raphael. Mama love you,” akhirinya.

Terdahulu, Nourul dan suaminya, Eric Daniel Depp dikurniakan tiga cahaya mata. Wanita ini turut mempunyai anak perempuan, Ayu Nazirah hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi dan komposer, Ajai.

Foto: Instagram Nourul Deep

IKLAN