Meski telah diarahkan kerajaan berhubung PerintahĀ KawalanĀ Pergerakan selama tempoh 14 bagi mengawal penularan wabak koronavirus (COVID-19), namun, ada juga segelintir masyarakat yang tidak mengendahkan perkara tersebut.Ā
Malah, mereka mengambil kesempatan untuk bercuti, pulang ke kampung dan bersiar-siar bersama keluarga dan rakan-rakan.Ā
Hal ini telah menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak, termasuk penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi.Ā
“Lantak korang lah. Sekarang dapat nikmat duduk rumah , family time/bonding , nanti bila dah bzzzzz, masa tu barulahhh rasa berapa berharganya masa Allah bagi kita berehat ni.
Ads
“Masa tuuu korang duduk rumah siap. ish ish ishhhh,” tulisnya.
Foto tersebut dikongsikan Heliza menerusi papan tanda di lebuh raya di ibu kota.Ā
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan merayu agar rakyat Malaysia duduk di rumah. Jelasnya ‘Tolonglah. Stay put where you are’.
Ads
Malah, peraturan tersebut berkuatkuasa bagi tempoh mulai 18 hingga 31 Mac ini.Ā
Menurut warta tersebut, mereka yang melanggar mana-mana peruntukan dalam peraturan ini boleh disabitkan denda tidak melebihi RM1,000, atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Ā Foto : Instagram Heliza Helmi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19, sudah menjadi kebiasaan ramai yang berkongsi aktiviti masing-masing di media sosial.
Baru-baru ini, pelakon Atikah Suhaime misalnya ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram.
Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime meluahkan rasa rindu untuk bersolek dan bersiap.
āI miss wearing makeup and dressing up. Kat rumah jer dah macam rupa bibik dah,ā tulisnya.
Tular di laman sosial apabila Hospital Pantai Laguna Merbok terpaksa menutup operasi gara-gara seorang pesakitnya dikenali pasti mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang disahkan dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19).
Jelas Iesya Toh menerusi laman Instagram miliknya, pesakit tersebut tidak memberikan maklumat penuh semasa proses pemeriksaan, namun dia hanya mendedahkan pernah tinggal bersama ahli keluarga yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dan diuji positif untuk Covid-19 selepas melahirkan anak.
āSTAF HOSPITAL PANTAI LAGUNA MERBOK BERISIKO DIJANGKITI COVID-19 SELEPAS SEORG WANITA YG BARU MELAHIRKAN BABY MENUNJUKKAN TANDA2 COVID-19..!!!!!! .
āSelepas tu baru wanita tadi memberitahu bahawa dia sebumbung dgn peserta TABLIGH!! Ini yg diminta oleh KKM, JUJUR MEMBERITAHU SEJARAH & CONTACT! .
āKerana KAU YG TAK JUJUR, ORG LAIN KENA!!!š¤¬š¤¬š¤¬š¤¬š¤¬š¤¬š¤¬š¤¬š¤¬š¤¬ faham x?????!!!!!!!!!!!
āSeriously, tak boleh terima laa org mcmni! Kesiannya laaa staff yg sambut baby kau! Yg bantu Kau melahirkan! Kau tak jujur!!!!! Sumpah aku tak boleh terima!!!! Kau kejam!!!!!!!,ā luahnya.
Menurut laporan, pesakit itu kini dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk tindakan lanjut.
Susulan itu hospital berkenaan akan ditutup sementara bagi proses pembersihan dan pembasmian kuman dan kesemua kakitangan yang bersentuhan dengan pesakit sudah dikenal pasti dan mereka di kuarantin serta diuji negatif bagi Covid-19.
Foto : Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tular di laman sosial apabila virus Covid-19 dikatakan boleh tersebar melalui udara, dan persoalan ini ada dijelaskan doktor viral dan hos, Dr Say Shazril menerusi satu perkongsian video dari World Health Organisation.
Menerusi perjelasan dari WHO, virus itu tersebar menerusi titisan pernafasan yang melekat di permukaan dan atas sebab itu setiap individu dinasihatkan menjaga jarak antara satu hingga dua meter.
Jelas Dr Say, Covid-19 tersebar melalui udara hanya kepada kakitangan perubatan yang terpaksa melakukan intubasi buat pesakit Covid-19 kerana terdedah secara langsung kepada faktor yang disebutkan tadi.
āTopik : COVID-19 TERSEBAR MELALUI UDARA?
First of all sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana hari ini Dewan Bandaraya & Majlis Perbandaran telah menarik balik peraturan mewajibkan pemakaian mask di supermarket. Pihak atasan dengar rintihan & suara kita peeps, syukur Alhamdullilah. Terima kasih juga @kementeriankesihatanmalaysia atas tindakan yg cukup pantas & cekap.
āMerujuk kepada topik arini, sy ada dapat beberapa dm berbunyi ādoc, tau tak COVID-19 ni boleh tersebar melalui udara? Tak ke bahaya kalau kita tersedut udara yg ada virus ni?ā.
āWell peeps, COVID-19 hanya boleh tersebar melalui udara kepada medical frontliners kita apabila mereka ingin melakukan prosedur2 invasive seperti intubasi. Atas sebab ini lah kenapa kita nampak mereka pakai suit tebal macam astronaut beserta penutup mata,ā jelasnya.
Malah atas sebab itu, doktor itu turut menyarankan agar netizen menjaga jarak sehingga satu meter setiap kali bertemu individu lain.
Malah dia turut menasihati ramai agar kerap mencuci tangan.
āSenang kata kepada rakyat jelata CARA PALING UTAMA COVID-19 ni merebak adalah melalui titisan pernafasan (respiratory droplets) daripada batuk/ bersin mereka2 yg dijangkiti. Sebab itulah TERSANGAT PENTING kita menjaga jarak antara satu sama lain sebab virus in boleh merebak sehingga 1 meter.
āLepas tu mesti korang nak tanya āvirus ni boleh hidup pada permukaan, betul ke doc?ā. Jawapannya ya akan tetapi ini bukanlah CARA UTAMA COVID-19 merebak. Atas sebab inilah juga TERSANGAT PENTING untuk kita kerap mencuci tangan.
āSemua benda yg disarankan ada tujuannya peeps. Takdelah KKM, WHO suruh kita laksanakan semua ni tanpa sebab. Betapa indahnya ilmu, bila kita tahu kenapa kita perlu menjarakkan diri, kenapa kita perlu kerap cuci tangan barulah kita mahu melakukannya dengan jitu.
āWalaupun sy tiada kepakaran dalam bidang ini tapi sekiranya sy berjaya menjawab persoalan yg bermain di pemikiran korang, cukup membahagiakan sy dah. #schoolingbysay,ā jelasnya panjang lebar.