“Masa Shoot Scene Ni, Norman Hakim Dan Dato Yusof Haslam Takde Pun Depan Mata Saya,” – Abby Abadi

Share

Memang imbas nostalgia apabila pelakon Abby Abadi yang membuat kemunculan kembali menerusi watak ikoniknya, Inspektor Aleza di Gerak Khas 2019 memuat naik salah satu babak di dalam drama bersiri berkenaan.

Malah mungkin kerana ‘segan’ atau sudah lama tidak beraksi di hadapan lensa, Abby memberitahu ketika melakonkan babak bertentangan mata dengan Norman Hakim, dia sebenarnya menjalani penggambaran secara sendirian.

“Takleh blah.. rajin editor troll ek. kalau nak tahu.. masa shoot scene ni, @normanhakim_786 dgn Dato Yusof Haslam takde pun depan mata Sy. Blank shot. Crew yg tlg stand in. Bila dah edit jadi gini ek scene ni? Kikiki.. Episod 1, #GerakKhas2019. Jumaat ini inshaALLAH. Pelakon pembantu je kita ?. Lama tak shooting. Nasib dialog tak membobok…hihi..Tungguuu,” tulisnya.

Pada masa sama, Abby turut mengucapkan terima kasih kepada rakan pelakon lain yang sudi kembali berlakon bersama-samanya.

Terima Kasih adik2 kakak, @_salinasaibi_@sheeraiskandar terima kakak seadanya. Untuk Kak @errafazira juga tq sudi berlakon dgn kita. Tak lupa pada @hishamfaridamirul , Z. Zaidi, Kumar, make up artis kesayangan, Abg Soleh, wardrobe ita, crew2 semualah.

“Bersedia berkhidmat utk Negara sampai akhir hayat kita ye hehe.(Pelakon yg tak sebut, makna tak jumpapun lagi. Dah jumpa nnti kita sebut ye),” tulisnya lagi.

Sedutan video episod pertama yang direpost kembali Abby dari akaun @gerakkhas
_official itu sehingga kini telah pun mencecah hampir 100,000 tontonan.

IKLAN