“Masa Kecik Dulu Tak La Alim Tapi Tak Pernah Terlintas…,” – Isu Doktor Pelatih ‘Cabut’ Nyawa Sendiri, Azhar Sulaiman Kongsi Pendapat

Share

Sejak kebelakangan ini, isu tekanan perasaan membabitkan segelintir doktor pelatih merupakan antara isu yang sedang hangat diperkatakan.

Tambah merisaukan apabila tekanan tersebut membuatkan mereka mula terfikir untuk meragut nyawa mereka sendiri.

Isu tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pelakon, Azhar Sulaiman.

Menurut Azhar, dia ternyata terkilan dengan sikap sedimikian selain turut menyifatkan tindakan bunuh diri sebagai satu kesalahan yang besar lebih-lebih lagi di sisi agama.

“Salam semua, Mami baru lepas tengok Youtube pasal pengakuan doktor pelatih yang tertekan sangat sampai nak bunuh diri.

“Mami pelik sungguhlah, mami ni walaupun masa kecik dulu tidaklah alim sangat tapi tak pernah hayat bila confronted dengan masalah hidup sampai terlintas nak bunuh diri.

“Kita ni orang Melayu/Islam. Jangan cakap dimulut. Terlintas dihati tu pun dah kira salah besar to me,” tulisnya

Pandangan tersebut disuarakan sendiri oleh pelakon drama, Di Sebalik Kasyaf itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Katanya lagi, dia juga pernah mengalami masalah tekanan hidup namun, tidak pernah sekali pun terlintas di fikirannya untuk membunuh diri.

“Sedih betul orang Melayu/Islam senang senang je boleh terlintas dalam kepala untuk bunuh diri.

“Dari bunuh diri, lebih baik fikirkan cara terbaik untuk hapus pembuli for good,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai terhadap kenyataan yang dikongsikan oleh Azhar itu.

Terdahulu, isu buli membabitkan doktor-doktor pelatih turut telah mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau juga telah menubuhkan sebuah pasukan khas bebas untuk menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Azhar Sulaiman

IKLAN