“Masa GV Korang Nak Saya Berhenti Menyanyi,” – Ada Minta Ganti Iqbal Zulkefli Di Big Stage? Fazley Yaakob Keliru

Share

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui dirinya berasa agak keliru dengan permintaan segelintir netizen mengenai kerjanya dalam bidang nyanyian.

Menurut Datuk Fazley, segalanya bermula ketika usahawan viral, Iqbal Zulkefli tampil membuat kejutan apabila muncul sebagai peserta ke-12 bagi program nyanyian popular, Big Stage 2022.

Katanya lagi, dia mendapat permintaan daripada warganet untuk untuk menggantikan Iqbal di program terbitan Astro itu.

“Masa dalam GV korang nak saya berhenti menyanyi? Bila Big Stage mula, korang nak saya ganti Iqbal.

“Boleh tak korang make up your mind, nak saya menanyi ke nak saya berhenti?,” tulisnya.

Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Asamara Ini itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Pada masa sama, Datuk Fazley turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan para peminat yang hadir ke showcase kendaliannya yang diadakan baru-baru ini.

Difahamkan, tiket bagi showcase tersebut telah habis terjual dalam masa seminggu.

Katanya lagi, dia juga berasa amat puas apabila berjaya mempersembahkan 22 buah lagu sambil diiringi ‘live band’.

Bapa kepada empat orang cahaya mata ini turut memaklumkan bermula pada tahun ini, dia mahu dirinya dikenali sebagai ‘The Singing Chef’.

“Apa pun terima kasih! Tiket utk showcase saya habis dijual kurang seminggu

“Entah apa saya bermimpi sampai nyanyi 22 lagu dengan live band dan saya siapkan “award winning menu“ saya pada malam yang sama di @sukasucrebistro saya.

“Jujur saya cakap dua dua saya suka — memasak dan menyanyi. Sebab tu tahun 2022, jenama baharu saya ialah ‘The Singing Chef’,” kongsinya lagi.

Dikesemptan itu juga, Datuk Fazley turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-henti menyokong perjalanan seninya selama ini.

“Terima kasih semua yang hadir; rakan-rakan media, fan club, peminat, teman-teman, dan juga keluarga GV8.

“I hope you guys enjoyed it as much as I did!!!,” akhirinya.

Sekadar informasi, Datuk Fazley merupakan salah seorang peserta yang bertanding di program, Gegar Vaganza musim ke-8.

Beliau juga menjadi peserta kedua yang tersingkir selepas kumpulan Nico.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Datuk Fazley

IKLAN