Seperti yang kita semua tahu baru-baru ini Twitter secara rasminya telah menambah perkataan daripada 140 kepada 280 patah perkataan yang boleh ditulis dalam satu posting.

Berita ini membuatkan ramai pengguna twitter menjerit kegembiraan dan bersyukur kerana diberi peluang untuk ‘bercakap lebih’ di akaun masing-masing.

Namun dalam keseronokan, masih ada beberapa individu yang kurang selesa dan bimbang dengan kelebihan yang diberikan.

Maklumlah jika 140 patah perkataan boleh menyebabkan sesetengah individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menjatuhkan, memalukan serta menghentam seseorang, Inikan pula kini mereka dibenarkan menggunakan 280 patah perkataan.

IKLAN

Bukan sahaja orang awam, selebriti tempatan turut terkesan dengan perubahan ini. Antara yang terkesan adalah pengarah terkenal Ahmad Idham.

‘Masa 140 Netizen Enjoy Kecam Orang, Ni 280 Pulak’ – Ahmad Idham Suarakan Kerisauan

IKLAN

Menurutnya dia tidak boleh membayangkan jika apa yang akan jadi seterusnya selepas ini. Malah Idham juga tidak ketinggalan untuk menggunakan hashtag #Scary di hujung tweetnya.

IKLAN

Setuju dengan apa yang diperkatakan, MH Online tidak lepaskan peluang untuk menghubungi tuan punya badan sendiri dan bertanya terus tentang perkara ini.

“ya, memang benar perkara ini menakutkan. Bagi saya mungkin ini adalah strategi pemasaran Twitter untuk naikkan semula jenamanya. Tetapi sejak mereka memberi peluang untuk netizen lebih bebas bersuara saya rasa agak bimbang.

 

“Keriasuan saya yang paling utama adalah apabila jari lebih bersuara daripada mulut. Jika dahulu mulut boleh membuatkan seseorang itu melakukan dosa kering, sekarang jari juga boleh buat perkara yang sama.

 

“Bayangkan perkara ini mampu merosakkan budaya dan cara pemikiran anak muda, maklumlah apabila menggunakan twitter tiada siapa yang akan menghalang dan menjaga batas perkataan, jadi mereka lebih terdedah untuk mengeluarkan kata kesat dan sebagainya.” jelasnya dengan penuh kerisauan.

Sungguhpun pernah menjadi salah seorang pengguna tegar twitter, namun Idham akui belajar banyak perkara dari kesilapannya dahulu.

Bagi MH Online, memang ada benarnya kata Ahmad Idham. Adatlah setiap yang berlaku ada baik dan buruknya namun kami harap pengguna media sosial tidak mengambil kesempatan dan apatah lagi menyalah gunakan kemudahan ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI