Pelakon Wanna Ali selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Khairul Amri Tan Sri Dato’ Sri Khalid, 37, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di GlamHall Damansara, Petaling Jaya, pada jam 10.40 pagi tadi.
Majlis tertutup itu menyaksikan Wanna, atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali, 28, dinikahkan oleh Ustaz Abdul Salam dari Masjid Damansara Perdana dengan wali bapanya, Mohd Ali.
Pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran yang dibalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan, selain mas kahwin berupa 10 dinar emas dan sebentuk cincin.
Ads
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.
Majlis resepsi pasangan yang tampil serasi dengan tema klasik moden akan diadakan malam ini di lokasi yang sama, malam nanti.
Ads
Sebelum ini, Wanna yang juga anak kepada penerbit terkenal Datuk Ayu Puteh, mendedahkan bahawa dia telah bertunang dengan Khairul Amri pada 9 November tahun lalu.
Ads
Namun, berita gembira tersebut hanya diumumkan kepada umum menerusi Instagram pada 2 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling mencipta sukses tersendiri apabila dengan bergaya mempertahankan gelaran Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA2024) buat kali kedua berturut turut.
Selain itu, Anna turut menggondol dua lagi trofi lain iaitu Anugerah Selebriti Tergempak 2024 dan Drama Tergempak menerusi naskhah, Syurga Itu Bukan Mudah, malam tadi.
Anna turut meraih lebih 4 juta undian peminat pada tahun ini.
Ketika menerima anugerah, Anna memanjatkan rasa syukur selepas dinobatkan sebagai pemenang utama GMWA2024.
“Terima kasih kepada pihak Astro, kedua ibu bapa saya, media dan pihak pengurusan saya.
“Kepada para peminat, saya sayang kalian semua,” katanya.
Sementara itu, penyanyi popular, Aina Abdul pula dinobatkan pemenang Lagu/Audio Tergempak 2024 menerusi lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu.
Pempengaruh Ryan Bakery pula memenangi trofi Digital Creator Entertainment Tergempak.
1. Program Digital Tergempak- Podcast Sterk
2. Digital Creator E-Sport Tergempak- Pok Ro
3. Digital Creator Motivation & Education Tergempak- Fathi Hussein
4. Digital Creator Foodie Tergempak- Khairul Aming
5. Digital Creator Beauty & Fashion Tergempak- Sofea Shra
6. Video Muzik Tergempak 2024- Belum Mulai (Insomniac & Nabila Taqiyyah)
7. Digital Creator Lifestyle Tergempak 2024- Amin & Abid
8. Wira Wonda Keluang Man Of The Year- Abe Hae
Kali ini, GMWA 2024 dihangatkan lagi dengan persembahan artis popular antaranya Shila Majid, Hujan, Amir Masdi, Ara Johari, Mimi Fly dan ramai lagi.
Acara yang bertemakan Flex Your Art ini menampilkan trio hos Sherry Alhadad, Sean Lee dan Amelia Henderson.
GMWA 2024 dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria, Astro Go dan sooka dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ariani sekali lagi mencuri perhatian industri fesyen menerusi pelancaran koleksi lebaran terbarunya, Hikayat Ariani Karya Seindah Busana, yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, baru-baru ini.
Acara berkenaan mempersembahkan koleksi hijab dan busana raya terkini, menawarkan lebih 300 pilihan hijab serta 300,000 persalinan raya bersempena Aidilfitri tahun ini.
Dalam pada itu, penampilan selebriti popular, Rozita Che Wan yang dilantik sebagai Muse Ariani Luxe 2025 pada acara sama turut menjadi sorotan sekali gus mengukuhkan jenama tersebut sebagai koleksi premium yang eksklusif.
Koleksi ini menampilkan rekaan mewah dengan perincian French lace dan kemasan kristal Swarovski, menjadikan setiap helaian lebih elegan dan berseri di tubuh pemakai.
“Alhamdulillah, rezeki Allah itu luas. Kalau Dia kata bukan rezeki kita, makanan yang nak masuk dalam mulut pun boleh terlepas.
“Apa pun saya okay sahaja dan bersangka baik atas apa yang berlaku, semuanya rezeki,” katanya.
Dalam pada itu, Ariani Ready-To-Wear (RTW) turut menawarkan 300,000 persalinan raya, merangkumi baju kurung, jubah, kurta, dan baju melayu, direka dengan material premium seperti cotton, satin, chiffon, jacquard, dan banyak lagi.
Tahun ini, Ariani Raya 2025 masih mengekalkan Lisa Surihani, Uyaina Arshad, dan Bella Dally sebagai duta utama serta turut memperkenalkan 11 wajah baru bagi kempen Raya 2025.
Malah buat pertama kali, Ariani turut menampilkan barisan hero Malaya dalam koleksi ARYAN, dengan kemunculan Dato’ Rahim Razali, Dato’ Fizz Fairuz, Edika Yusoff, Arash Mohamad, Rusdi Ramli, Sham Visa, Roy Azman, dan Zarul Umbrella.
Sementara itu, pihaknya juga mencipta sejarah apabila berkolaborasi dengan jenama mewah antarabangsa, Liberty London.
Ia menggabungkan potongan tradisional dengan empat corak bunga ikonik dari Liberty, melambangkan gabungan budaya Malaysia dan fesyen global.
Selain itu, Ariani turut bekerjasama dengan Bokitta untuk memperkenalkan tudung instant tanpa pin, sesuai untuk wanita moden yang mengutamakan keselesaan.
Selain pertunjukkan koleksi terbaharu, acara tersebut turut diserikan dengan persembahan istimewa penyanyi Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ziana Zain dan Dayang Nurfaizah.
Ariani turut menerima kehadiran tetamu kehormat, Tengku Permaisuri Hajjah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, menjadikan pelancaran koleksi Hikayat Ariani Karya Seindah Busana sebagai salah satu acara fesyen paling berprestij tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Diva Indonesia, Krisdayanti menafikan dakwaan dirinya cuba tampil lebih menonjol atau ‘overshadow’ penyanyi, Liza Aziz menerusi tugasan duet di Gegar Vaganza 11 Akhir, (GV11) baru-baru ini.
Menurutnya, ia berlaku mungkin kerana salah faham perbualannya bersama juri, Datuk Ramli MS, berkaitan ‘key’ lagu yang telah diturunkan.
“Begitulah media sosial, mereka mempunyai akses untuk meluahkan kemarahan, kesedihan, dan kebahagiaan dengan sangat terbuka. Sebenarnya ada kisah yang lebih unik.
“Sebenarnya, Datuk Ramli tersilap dengar. Dia ingatkan saya minta naikkan satu key, padahal saya minta satu key diturunkan. Lagu itu mempunyai nada tinggi.
“Bila setiap kali buat persembahan secara langsung, saya dan Melly Goeslow akan minta key diturunkan. Seperti kita tahu, Liza Aziz sudah biasa menyanyikan nada tinggi.
“Jadi, bukan sesuatu yang sulit buat dia,” katanya kepada MH ketika ditemui di sidang media Konsert Nostalgia Cinta Krisdayanti di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Krisdayanti bagaimanapun tidak berkecil hati dengan komen netizen mengenai perkara itu.
“Saya menghargai setiap komen yang diberikan. Pada saya, setiap lagu mempunyai kenangan dan kekuatan yang tersendiri.
“Pada malam tersebut, Liza memang layak menjadi juara. Saya rasa isu overshadow itu bukan satu masalah. Yang penting, saya telah mendampingi sang juara,” kongsinya lagi.
Ditanya pengalamannya berduet dengan Liza, Krisdayanti menyifatkannya ia sebagai satu penghormatan terbesar.
“Saya sangat senang bila dapat berduet dengan Liza. Malah bila saya tahu GV11 mempunyai jumlah penonton seramai 12 juta dan miliki rating tertinggi, ia satu penghormatan juga. Momen itu sangat istimewa,” ujarnya.
Sementara itu, Krisdayanti turut menyatakan keterujaannya untuk kembali mengadakan konsert solo di Malaysia selepas hampir lima tahun memberi fokus kepada karier politik.
“Saya memang rindu untuk menjayakan konsert di Malaysia. Sejak lima tahun lalu, walaupun tiada larangan mengadakan konsert, namun kerja-kerja sebagai ahli politik harus diutamakan.
“Kalau saya ingin mengadakan konsert, tak mungkin latihannya hanya satu atau dua kali sahaja. Mereka tahu hal ini akan mengganggu waktu yang seharusnya digunakan untuk negeri dan rakyat.
“Malaysia dekat dengan saya. Sejak awal 2000 hingga 2010, masyarakat dan industri di Malaysia sentiasa membuka peluang buat saya datang ke sini.
“Satu hal yang tidak boleh kita mungkiri, tautan mesra antara Malaysia dan Indonesia adalah kerana muzik,” akhirinya.
Konsert Nostalgia Cinta Krisdayanti bakal berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur, pada 22 Jun ini.
Tiket mula dijual pada 23 Februari, dan lima pembeli terawal akan menerima album eksklusif Krisdayanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!