Sayu sungguh hati tatkala membaca luahan isi hati bekas pelakon, Mas Anizan yang popular di era 90an menerusi perkongsiannya di Instagram.

Seperti semua sudah sedia maklum, minggu lalu telah berlakunya satu tragedi hitam di mana sebuah pusat tahfiz telah terbakar dan meragut nyawa 21 orang pelajar dan dua orang warden.

Tiga daripada pelajar yang menjadi mangsa kebakaran tersebut merupakan anak saudara kepada Mas Anizan iaitu Muhammad Syafiq Haikal, Muhammad Hafiz Iskandar dan Muhammad Harris Ikhwan.

Baca juga: 3 Anak Saudara Bekas Pelakon Antara Mangsa Tragedi Pusat Tahfiz

IKLAN

Menerusi ruang kapsyen Mas Anizan dia menyatakan perasaan rindu yang tidak terhingga kepada anak-anak saudaranya ini. Menggunakan bahasa pengganti diri sebagai ‘mummy’ terhadap anak-anak ini membuatkan kita faham betapa rapatnya hubungan mereka.

“‎Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un…

 

“Ya Allah, rindunya mummy dekat Haikal, Hafiz n Harris. Walaupun dah berapa hari berlalu, air mata ni tak henti2 mengalir. Takkan ada lagi gelak tawa, gurau senda n request makanan kegemaran masing-masing untuk mummy masak setiap kali balik cuti.

 

“Kepergian kalian bertiga meninggalkan kesan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Tapi mummy redha dengan qada’ dan qadar Allah. Mummy tahu kalian lebih bahagia dan tenang di sana. Berehatlah sayangku Hakim, Hafiz dan Harris. Doa mummy sentiasa bersama kalian. Mummy love you soo much!!! Al-Fatihah ❤️❤️❤️ @masalizaa @iammurnie,” luahan rasa rindunya.

Kita sebagai orang luar yang melihat kejadian ini juga berasa sedih apatah lagi mereka yang mempunyai pertalian dengan mangsa, sudah tentu hati mereka terluka dan kecewa terpaksa melihat orang tersayang pergi dalam keadaan yang sangat tragis.

IKLAN

Perkongsian Mas Anizan ini juga disertakan dengan sebuah video gambar-gambar anak saudaranya bersama pelajar-pelajar tahfiz yang lain di pusat tahfiz tersebut.

Menistis air mata menyaksikan video tersebut dengan iringan muzik yang sangat syahdu. Semoga kesemua mangsa ditempatkan di kalangan para solihin di samping penciptaNYA.

IKLAN

A post shared by Mas Anizan? (@masanizan1) on

Salam takziah dari kami team MH Online.

Sumber: Instagram Mas Anizan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI