Penyanyi dan pelakon popular, Marsha Milan Londoh mengakui tidak pernah tertekan mengenai soal anak walaupun sudah mendirikan rumah tangga, lebih setahun lalu.

Bahkan, selebriti berusia 31 tahun ini melahirkan rasa syukur apabila ibu dan bapa mertuanya sangat memahami keadaan itu selain berkongsi dalam soal penjagaan kesihatan.

“Alhamdulillah, mertua saya sangat OK. Mereka tak mendesak. Mereka juga kata tak perlu tergesa-gesa dalam soal ini.

 

“Tapi, mereka ada berkongsi petua yang diamalkan ketika muda-muda dulu untuk saya amalkan bagi penjagaan kesihatan dalaman,” katanya pada Media Hiburan.

Marsha selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.

IKLAN

Bukan itu sahaja, Marsha juga mengakui tidak pernah merancang namun terus berikhtiar bagi mempercepat proses itu dengan memperlahankan aktiviti seni terutamanya bidang lakonan, lebih setahun lalu.

IKLAN

“Saya dan suami memang tak pernah merancang.

 

“Saya sendiri hadkan aktiviti lakonan demi meluangkan masa bersama keluarga.

 

“Tapi, orang cakap bila kita terlalu fikirkan pun benda tu tak bagus.

 

“Jadi saya putuskan untuk tak fikir sangat dan fokus kepada benda lain, kalau ada, adalah,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon filem Magika ni mengakui tidak dapat mengelak daripada perasaan cemburu apabila melihat kecomelan anak rakan-rakannya.

IKLAN

“Kadang-kadang, bila lihat kawan-kawan yang dah dapat baby, terdetik juga indahnya kalau saya dapat merasa pengalaman serupa, jadi seorang ibu.

 

“Tertanya-tanya juga, bilalah agaknya giliran kita pula. Soalan yang agak terngiang-ngiang di kepala.

 

“Adalah juga cemburu lihat kawan timang anak dulu. Cuma saya mampu berdoa supaya dimurahkan rezeki untuk mendapat zuriat seperti pasangan suami isteri lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Marsha bakal tampil dalam filem televisyen, Terobek Raya selain akan muncul dalam persembahan penutup Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos ini.

Marsha juga terus berjuang dalam bidang nyanyian menerusi pembabitannya dalam program realiti, AF Megastar.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI