Peserta yang mendapat markah tertinggi hasil penilaian juri profesional pada minggu pertama saingan program Big Stage, Sissy Iman mengakui rasa teruja untuk memberikan persembahan lebih baik untuk minggu kedua yang bertemakan ‘Lil Throwback’.

Meskipun tidak menafikan posisi di antara penilaian juri dan undian peminat menerusi aplikasi TikTok sangat jauh bezanya, ia membuat pelajar dalam jurusan muzik ini cuba mencari formula baru demi memikat hati juri dan penonton pada masa sama.

IKLAN

“Perkara yang paling mendebarkan apabila mendapat markah tinggi daripada juri tetap untuk minggu ini adalah jangkaan atau harapan mereka pada minggu seterusnya. Markah yang dapat boleh dikatakan tinggi namun bila undian menerusi TikTok pula paling rendah, ia buatkan saya terfikir, apa yang aku tak buat lagi?

 

“Apa peminat mahukan daripada saya? Mungkin pada minggu awal ini mereka tidak berapa kenal siapa Sissy Iman. Jadi harapnya untuk minggu kedua kedudukan TikTok itu akan berubah. Malah saya akui perlu tanya juga pada peminat, apa yang mereka mahu lihat daripada saya juga,” katanya kepada MH.

Menurut Sissy lagi, juri dan peminat adalah mereka yang pada masa sama mengadili dan pastinya dia perlu menjaganya dari pelbagai sudut.

IKLAN

“Kalau okay di hati juri, saya juga kena fikir mengenai penonton. Itulah, apa yang jadi pada saingan pertama ini sedikit sebanyak sedarkan saya juga.

 

“Mungkin mereka tidak mahu melihat Sissy Iman yang sudah biasa mereka tengok sebelum ini,” jelasnya yang bakal mempersembahkan lagu Semoga Abadi, nyanyian asal Misha Omar untuk minggu kedua saingan di Big Stage. 

IKLAN

Foto: Instagram Sissy Iman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI