Mark Adam Kini Jadi Team Geng Pagi Hot, Tahniah!

Share

Penyampai radio Hot FM, Fizie memaklumkan penyanyi dan pelawak, Mark Adam telah digandingkan bersamanya untuk segmen Geng Pagi Hot, mulai hari ini.

Khabar gembira itu dikongsi Fizie bersama pengikut menerusi akaun media sosial Instagram miliknya, hari ini.

“Ye @markadam1079 partner baru saya di #gengpagihot!!!!

“Jom layan @hotfm976 gaiz! #dontsaybrothernotumbrella #umbrellamung #gengpagihot,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada penyanyi berusia 41 tahun itu.

Sebelum ini, Geng Pagi Hot telah dikendalikan oleh pelawak Shuib dan Shuk Shar selain Fizie.

Foto: Instagram Fizie

IKLAN