“Marilyn Monroe Black Hair Version,” – Foto Klasik Kilafairy Khas Buat Leonardo Dicaprio, Super Wow!

Share

Sekali pandang sekeping foto yang dimuat naik Kilafairy di laman Instagramnya cukup membuatkan netizen tergamam.

Hanya satu ayat dapat menggambarkannya, iaitu kejelitaan klasik.

“That classic Hollywood mode. Ni kalau dalam movie scene, time ni tengah ternampak hero la.

“Walaupun Leonardo Dicaprio bukan taste i sebab dia jambu naw, tapi i tengah bayangkan i pandang dia dalam scene ni. Paham ke tidok

,” tulisnya.

Terpegun dengan kecantikan pelakon ini sehingga netizen menggelarkannya sebagai Marilyn Monroe versi berambut hitam. Wow, perbandingan yang cukup hebat.

“Marlyn monrowwwww black hair version.”

Kejelitaan Kilafairy memang tidak dapat dinafikan. Pelbagai gelaran diberikan netizen antaranya Angelina Jolie Malaysia dan paling sinonim, makhluk tuhan paling seksi.

Foto : Instagram Kilafairy

IKLAN