Penyanyi bersuara emas, Mariah Carey, akhirnya diraikan dengan penganugerahan tertinggi di pentas MTV Video Music Awards (VMA) 2025 apabila beliau dinobat sebagai penerima Anugerah Michael Jackson Video Vanguard.

Penganugerahan berprestij itu dianggap pengiktirafan terhadap perjalanan seninya yang menjangkau lebih tiga dekad berada dalam industri seni sejak melancarkan album pertamanya pada tahun 1990.

Kemunculan semula Mariah Carey di pentas VMA itu merupakan satu kejutan kerana kali terkahir diva terkenal itu muncul di pentas yang sama adalah kira-kira 20 tahun yang lalu.

Kali ini, beliau menggegarkan pentas UBS Arena, New York dengan persembahan medley lagu baharunya, Sugar Sweet, sebelum memukau penonton dengan rangkaian hit popular termasuk Fantasy, Heartbreaker, Obsessed, It’s Like That, Type Dangerous dan We Belong Together.

Ads
Mariah Carey Raih Trofi Pertama MTV VMA Selepas 35 Tahun Bergelar Penyanyi
Kredit foto: IG Mariah Carey

BACA JUGA: Tujuh Tahun Menyepi, Mariah Carey Kembali Gegar Industri Muzik Dengan  ‘Type: Dangerous’

Dalam ucapan penuh emosi, Mariah sempat menyentuh soal “penafian” yang pernah dilaluinya sebelum ini di pihak MTV, namun beliau menzahirkan rasa syukur akhirnya menerima penghormatan tersebut. Gelagat diva itu nyata mengundang sorakan penonton yang membanjiri arena.

Ads

Lebih manis, Mariah turut merangkul trofi pertamanya dalam sejarah VMA menerusi kategori Video R&B Terbaik bagi lagu Type Dangerous, menjadikan beliau pulang dengan dua kemenangan bersejarah pada malam yang sama.

Ads

Kemunculan penyanyi berusia 55 tahun itu turut menjadi perhatian apabila beliau tampil penuh glamor dengan persalinan rona emas serba mewah, dilengkapi but paras lutut dan perhiasan permata bernilai jutaan dolar menjadikan penampilannya antara paling mewah pada malam anugerah tersebut.

Sekadar info, Anugerah Michael Jackson Video Vanguard diberikan sebagai pengiktirafan kepada sumbangan luar biasa serta impak mendalam seseorang artis terhadap arena penghasilan muzik video dan budaya popular.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads