“Manusia Mampu Memujuk Siapa Yang Dia Mahu,” – Datin Alyah Bagi Pesan Buat Siapa Tu?

Penyanyi, Datin Alyah ada memuat naik sekeping foto berlatarbelakangnya replika ‘I Love RTM’ menerusi Instagram.

Lalu sebagai mengimbas memori, penyanyi lagu Kisah Hati itu ada menulis kapsyen, menggambarkan pesanan kepada penyanyi kelahiran program hiburan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk terus gigih berusaha melakar sukses.

“Tempat kelahiranku…Kepada Adik adikku yg lahir dari tempat ini.Jgn pernah putus asa, Jgn pernah mengalah, Jgn pernah merintih kerna kamu Adalah yg terbaik.

 

Manusia mampu memilih siapa yg Dia Suka, Manusia mampu Memujuk siapa yg Dia mahu Dan Manusia mampu menukar siapa yg Dia inginkan.

 

“Namun sebagai insan seni Jgn pernah mengalah kerna Muzik itu adalah Nafas Kita, Darah Kita, Tulang Kita. Wlupun Ada waktu Kita Terasa Lelah utk meneruskan Dan pada hakikatnya itu yg Kita perlukan,” tulisnya.

Pada masa sama, bintang asal Johor itu turut berkongsi, janganlah mudah mengeluh sebaliknya fikir bagaimana untuk mencapai apa yang dicita-citakan dalam kiasan.

IKLAN

“Jgn lihat ke atas Klu hanya utk mengeluh Tapi lihat Bagai mana Dia mampu sampai ke atas.pasti Ada resepinya Dan ketahui jati dirinya. Jgn tidak di endahkan ketika melihat di bawah. Kerna kamu Sedang menjalani keberuntungan diberi Allah swt.

 

“Hargai Dan Ingat!!sisi Manisnya tidak dtg selalu. Berpijak dibumi nyata Jadilah diri kamu Dan apa adanya.Kerna itu pakaian Kita selamanya,” tulis Alyah lagi,

Dalam perkembangan lain, Alyah dijangka bakal melancarkan single terbarunya, Jutaan Purnama secara rasmi di Kriang Hill, Kedah, Rabu depan.

Foto: Instagram Alyah

IKLAN

View this post on Instagram

Tempat kelahiranku…. Kepada Adik adikku yg lahir dari tempat ini.Jgn pernah putus asa,Jgn pernah mengalah,Jgn pernah merintih kerna kamu Adalah yg terbaik…… Manusia mampu memilih siapa yg Dia Suka, Manusia mampu Memujuk siapa yg Dia mahu Dan Manusia mampu menukar siapa yg Dia inginkan….Namun sebagai insan seni Jgn pernah mengalah kerna Muzik itu adalah Nafas Kita, Darah Kita, Tulang Kita. Wlupun Ada waktu Kita Terasa Lelah utk meneruskan Dan pada hakikatnya itu yg Kita perlukan…. Jgn lihat ke atas Klu hanya utk mengeluh Tapi lihat Bagai mana Dia mampu sampai ke atas.pasti Ada resepinya Dan ketahui jati dirinya.. Jgn tidak di endahkan ketika melihat di bawah.Kerna kamu Sedang menjalani keberuntungan diberi Allah swt…Hargai Dan Ingat!!sisi Manisnya tidak dtg selalu. Berpijak dibumi nyata Jadilah diri kamu Dan apa adanya.Kerna itu pakaian Kita selamanya….

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on