Pendakwah bebas, PU Dr Taha memberikan pandangannya mengenai realiti netizen zaman ini yang lebih banyak ‘membawang’ daripada memberikan nasihat.

Katanya, semua ini terjadi adalah kerana sikap manusia itu sendiri.

IKLAN

“Manusia itu sifatnya sentiasa merasa dia lebih bijak daripada orang lain,jadi apa yang orang buat kalau tak selari dengan kefahamannya, mereka akan keji dahulu kemudian barulah memperbetulkan.

 

“Kalau dilihat semasa zaman Nabi Musa A.S dahulu, sesungguhnya, tiadalah Nabi Musa A.S pergi kepada Firaun dan berkata bahawa dia ‘bodoh ataupun gila’, hanya ayat yang baik-baik sahaja kedengaran.

 

“Maka sebab itulah saya cakap, realiti kini hanyalah sifat berlagak, takaburnya manusia dan riak di sosial media kerana mereka berfikiran kalau tegur secara baik, orang akan kata biasa-biasa sahaja.

 

“Tapi kalau bagi ayat cili sikit barulah up sikit kan? Itulah fakta dimana manusia hanya mahukan tumpuan,” katanya kepada MH.

Sementara itu, PU Taha turut melahirkan rasa tidak selesa untuk berdakwah menerusi sosial media ini.

IKLAN

“Bagi saya, cara terbaik untuk berdakwah bukanlah melalui teknologi sama ada sosial media atau lain-lain tapi berteraskan ajaran nabi iaitu dakwah secara bersemuka.

 

“Bukanlah bermakna dakwah guna teknologi ini tidak efektif cuma pada saya impak dakwah bersemuka ini lebih lagi iaitu dari segi rohani dan fizikal,” katanya lagi.

Sebelum ini, PU Amin ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan terus berdakwah menggunakan media sosial memandangkan medium tersebut adalah paling sesuai untuk menarik remaja-remaja yang semakin hanyut kini.

IKLAN

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI