“Manjanya Faliq Dengan Lofa,” – Anjur Majlis Tahlil, Tapi Aksi Adik Baring Atas Pangkuan Neelofa, Curi Perhatian!

Share

Baru sahaja selesai majlis tahlil keluarga Neelofa yang berlangsung semalam, beberapa rakaman video yang dikongsi nyata menyentuh hati netizen.

Babak Neelofa memangku sambil memeluk adik lelakinya, Mohamed Faliq sambil berdoa melambangkan kasih sayang yang erat antara keluarga ini.

Malah, aksi pengacara Meletop ini mendukung sambil mendodoikan Jebat juga dilihat cukup comel.

Noor Nabila, menerusi Insta Stories dilihat memaparkan nama-nama ahli keluarga mereka yang telah pergi menghadap Ilahi. 

Keluarga selebriti popular ini menjemput anak-anak tahfiz untuk mengimarahkan majlis tahlil yang berlangsung di kediaman mereka.

Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi.

Foto – Instagram lofa.melaka

IKLAN