“Manis Bertudung, Macam Wanita Arab,” – Foto Menutup Aurat Atikah Suhaime Pancing Perhatian

Share

Sememangnya wanita yang bertudung kelihatan tampak lebih ayu, sopan dan menawan.

Menerusi posting terkini, pelakon Atikah Suhaime atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime ada berkongsi beberapa keping foto bersama peminatnya.

Foto tersebut telah memaparkan bintang kelahiran Singapura itu berhijab.

“Even if I were to like seriously wear headscarf one day, I will still be super extra  .

Slay in @primavalet,” tulisnya.

Menjengah diruangan komen gambar tersebut, rata-rata peminat memuji kecantikan pelakon berusia 28 tahun itu memakai hijab.

Alahai, manis sungguh wajah Atikah apabila memakai hijab. Kelihatan sangat jelita, betul tak?

Untuk rekod, Atikah telah dilahirkan pada 15 Mac 1991 di Tampines, Singapura.

Foto : Instagram Atikah Suhaime

IKLAN