Manis Bersemut…Video Izzue Layan Isteri Sakit Buat Netizen Terharu, Moga Till Jannah!

Share

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Awin, netizen meluahkan sikap romantis terhadap suaminya, penyanyi dan pelakon Izzue Islam melayani dirinya dengan ketika sedang sakit.

Menerusi video itu, Izzue dilihat tidak sabar untuk berjumpa isterinya selepas Awin menerima rawatan di sebuah hospital.

Menurut Izzue, Awin sebelum ini ada menjalani pembedahan Ganglion Wrist Cyst pada pergelangan tangan kiri.

Meski ia tidak berbahaya, namun kekangan itu membuatkan isterinya terganggu dari segi perjalanan kerja, rasa kebas dan lenguh pada tangan.

Pada masa sama, netizen cukup terharu melihat kemesraan pasangan ini turut mendoakan Awin diberi kesembuhan.  

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.

Foto:  Instagram Izzue Islam

IKLAN