“Mandi Dekat Parit, Pakai Lampu Pelita,”- Sedia Dengan Ujian Allah, Shuib Sepahtu Terkenang Fasa Hidup Sukar

Share

 

Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu, ada memuat naik entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Entri terebut merakamkan Shuib mengenang kehidupan zaman remajanya yang serba kekurangan sewaktu di rumah kampung.

Menurutnya, rumah tersebut bagaimanapun banyak mengajarnya erti kesusahan dan menghargai setiap perkara dalam kehidupan.

“Dr umur 8 bulan smpi umur 17 tahun.. ni lah rumah sy dibesarkan.

“Air amik tiap2 ptg pakai baldi, mandi dekat parit,toilet luar rumah,tido pakai kelambu,lampu pakai pelita,moto takde yg ade cuma basikal,belanja sekolah 50sen,sabtu ahad tangkap belut buat tambah2 duit sekolah,,tp inilah rumah yg mengajar sy erti hidup sebenar…

“Belajar erti susah sebenar,,,belajar menghargai setiap apa yg ada,,Belajar bersyukur dgn nikmat Allah…

“Semoga anak2 dan isteri menjadi org yg sentiasa bersyukur dgn apa saja ketentuan Allah… Bersedia dgn setiap ujian Allah,susah juga ujian,senang juga ujian.. #pesananuntukdirisendiri,”

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian suami kepada penyanyi, Siti Sarah itu.

Apapun, MH tetap salute dengan Shuib ni. Walaupun kini sudah bergelar artis yang berjaya, dia tetap tidak lupa tentang asal-usulnya.

Semoga perkongsian Shuib ini menjadi inspirasi buat kita semua.

IKLAN