Kita mungkin berpendapat bahawa anak kepada selebriti mesti akan mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka apatah lagi sedari kecil lagi sudah dikenali ramai kan?

Begitulah juga anggapan orang ramai terhadap anak kepada penyanyi Black, Khaleef Dayyan memandangkan suara Black sendiri begitu padu kan?

‘Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi’- Black Kongsi Anak Pun Suka Main Muzik

IKLAN

Mengakui bahawa Khaleef ada menunjukkan minat terhadap bidang muzik, Black mendakwa dia tidak pernah memaksa anaknya untuk menyertai industri satu hari nanti.

“Saya rasa semua orang tahu industri ini ‘struggle’ kan tapi kalau kena tempat ia akan membuahkan hasil. Bagi saya sendiri muzik itu sangat penting dalam kehidupan kita kerana tanpa muzik hidup akan bosan.

“Jadi anak saya sendiri suka main drum, menyanyi…saya tak paksa cuma dia akan main hari-hati. Betul kata orang, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

“Apa yang saya boleh buat mungkin bawa dia ke kelas sebab pada saya penting juga dia bermain muzik kerana akan membuatkan otak kiri dan kanannya berfungsi,” katanya kepada Media Hiburan ketika ditemui di The Stage Raya semasa Karnival Karangkraf, Shah Alam baru-baru ini.

‘Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi’- Black Kongsi Anak Pun Suka Main Muzik

IKLAN

Tambahnya lagi, walaupun Khaleef baru berusia 3 tahun namun sudah nampak bakatnya dalam bermain muzik.

IKLAN

“Piano tak nampak lagi tapi kalau drum ada beat dan kalau menyanyi tu dia tahu lah ‘pitch’, dia tak ‘tone deaf’. Setakat ini saya ajar yang ‘basic-basic’ sahaja sebab saya sendiri tak ada ilmu.

“Tapi saya InsyaALLAH akan hantar ke kelas sebab bila tengok kat luar negara, kanak-kanak dihantar main muzik sejak kecil lagi. Jadi, perkara yang baik itu saya akan ikut,” katanya lagi.

Wow! MH berharap satu hari nanti dapat tengok gandingan Black dan anaknya di atas satu pentas yang sama. Mesti Meletop kan?

Foto: Instagram Black

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI