“Mana-Mana Yang Tanya I Dah Makan Ubat Apa…,” – Elizad Kongsi Jenis Pil Yang Diambil Dalam Proses IVF, Ikhtiar Dapatkan Rezeki Zuriat

Share

Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin mendedahkan empat jenis pil yang perlu diambilnya dalam usaha mendapatkan rezeki zuriat.

Menerusi salah satu entri di Instagram yang turut dilampirkan dengan berapa video pendek, bintang berusia 36 tahun itu difahamkan mengambil pil tersebut atas nasihat doktor sebagai antara proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilakukannya. 

“Salam & Selamat pagi kesayangan semua . Today consultation day lagi dgn @sophea_fertility.

“Okayh mana2 yg tya i dah start mkn ubat apa ? Nah share , tiap pagi amik Folic Acid , Vitamin D , Coenzyme Q10 & Multi Vitamine.

“Selebihnya boleh dengar jawapan Doc dekat You Tube Elizad Sharifuddin Officially . Love @sophea_fertility,” tulisya sambil disusuli dengan beberapa tanda pagar.

Terdahulu, bekas hos Mingguan Wanita itu kini dalam usaha untuk mendapatkan anak selepas lima tahun berumah tangga dan kini turut menghadkan komitmen seninya.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 lalu.

Foto: Instagram Siti Elizad

IKLAN