“Mana Mak Cik Bawang Selalu Dok Kutuk Cik B,” – Transformasi 360 Darjah, DS Vida Bangga Imej Terbaru Anak Daranya

Share

Tidak dapat dinafikan, ada yang tidak mampu mengelak daripada terpukau tatkala melihat penampilan Cik B bersama ibunda tercinta, Datuk Seri Vida yang menjadi penghias muka depan majalah Nona terbaru.

Gaun hitam menawan dipadankan dengan solekan elegan, nyata menjadikan penampilannya cukup berbeza seperti mana sebelum ini.

Vida menerusi laman Instagram  turut menempelak segelintir netizen yang sebelum ini cukup hebat mengkritik imej anaknya dan berbangga menyatakan kini Cik B seorang gadis yang cantik.

“HAMBEKKKKK. MANA MAK CIK BAWANG SELALU DOK KUTUK @cikb_havoc66 .

“TENGOK GAMBAR NI.MEROYAN KE? BERNANAH..? CIK B CANTIK WEYYYY.. SiLA HADAM ye. KO MAMPU..?

“CIK B DAH IMPROVE BANYAK, Berkat sokongan semua. Dari sangat pemalu tak yakin diri,” tulisnya sambil memberikan kredit kepada editorial Nona.

Turut teruja dengan perubahan 360 darjah gadis berusia 14 tahun ini, netizen turut meninggalkan reaksi.

Cantik itu subjektif dan setiap wanita itu pasti ada kecantikan tersendiri. Betul tak?

Foto : Instagram DS Vida

IKLAN