Man Raja Lawak Buka Ruang IG Promosi Percuma, Bantu Usahawan Tampung Belanja Harian

Share

Selepas menyumbangkan lebih RM50,000 untuk membantu golongan yang kesempitan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Man Raja Lawak kini membuka peluang untuk mempromosikan perniagaan di laman Instagramnya secara percuma.

Jelasnya, ruang itu diwujudkan bagi membantu usahawan untuk menambah pendapatan dan sekurang-kurangnya mampu menampung belanja harian.

“Assalam sahabat, kalau nak abang promote produk korang kat story boleh je. Bagi iklan lengkap kat DM. Free Je. Sama-sama support ek.

“Kalau ini membantu kowang dpt duit tuk cover belanje harian buat fmily..abg sudi bantu..free jer..janji sme2 support,” kongsinya.

Terdahulu, Man berkongsi RM50,000 daripada wang kemenangan MLM 2019 untuk diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan berniat untuk menjual kereta dan motosikal mewahnya bagi menambah jumlah bantuan.

Pelawak itu juga difahamkan telah memberikan sejumlah sumbangan yang besar kepada Zarina Anjoulie untuk diagihkan kepada 40 buah keluarga yang memerlukan bantuan.

Foto : Instagram Man Raja Lawak

IKLAN