“Mama Yang Dah Berusia Ni, Diberi Pula Lagu Mama Yang Laju,” – Noorshila Amin Optimis, Mohon Doa Buat Yang Terbaik GV6 Malam Ini

Share

Noorshila Amin baru-baru ini ada memuat naik sedutan video lagunya, yang bakal dipersembahkan dalam saingan suku akhir program hiburan, Gegar Vaganza ke-6 (GV6), malam ini.

Kongsinya yang mesra disapa Mama, lagu Ahai…Usahlah yang dipopularkan dirinya sendiri itu mempunyai lirik puitis seperti elemen gurindam.

Pada masa sama Mama juga meminta semua memahami liriknya.

“Minggu Ni kite ke Negara Pasir Berdengung ye. Dengan mama yang dah berusia Ni, di beri pulak lagu mama yang laju Ni, mohon semua doakan mama dapat buat yg terbaik.

”Ramai xtahu maksud lagu ni, die umpama bergurindam. Lagu Komposer Dan penulis lirik zaman mama dulu mereka sgt puitis dalam bekarya.

”Ahai udang bersama udang, Tak sama anak tenggiri, yang bujang bersama bujang, yang berpunya ketepi. Perlu dibaca Dan difahami serangkap penuh baru sampai maksudnye.

”Bukan suka2 nak letak udang, ketam, sotong semua Dalam lirik ye anak2 mama.

”Mama Tak marah, cuma nak explain. Pahaamm? Hehehe.. jangan maraa aaa. Satu darham, Dua darham.. juaall,” tulisnya.

Perkongsiannya itu turut mendapat reaksi peminat dan ada di antaranya yang turut dibalas bintang berusia 55 tahun ini.

Minggu lalu menerusi saingan kelapan konsert, Noorshila mempersembahkan lagu Samar Bayangan yang mendapat reaksi positif juri.

Foto: Instagram Noorshila Amin

IKLAN