“Mama Toksey Bui Adik Doh…,” – Anak Bongsu Genap Setahun, Nadya Syahera Bagi Hint ‘Tak Nak’ Hamil Lagi?

Share

Pelakon dan usahawan, Nadya Syahera lima hari lalu ada memuat naik sekeping foto bersama anak keduanya, Mohamad Dayyan yang bakal menginjak usia setahun bulan hadapan.

Bagaimanapun, perkongsiannya menerusi Instagram itu membuatkan ramai terhibur apabila dia menulis status dengan dialek Kelantan selain turut memberi hint, tidak mahu ‘beri adik lagi’, memadai dengan dua cahaya mata.

“Anok jate kito bule depe cukup setaun, mama toksey bui adik doh, biar dayyan jah jadi adik,” tulisnya sambil disambut dengan komen humor dari netizen.

Terdahulu, Nadya mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan model, Fizul Nawi pada 25 September 2016.

Hasil perkahwinan mereka, keduanya dikurniakan Aleena Rose pada awal Mac 2017 manakala anak kedua, Mohamad Dayyan 7 Februari tahun lalu.

Foto: Instagram Nadya Syahera

 

IKLAN