
Pelakon Izreen Azminda menzahirkan rasa bangga atas pencapaian anak sulungnya, Adrian Umar, yang berjaya khatam Al-Quran serta terpilih sebagai tokoh pelajar di sekolah.
Menurut Izreen, setiap tahun anaknya itu sentiasa berusaha memberikan yang terbaik demi menjadi antara pelajar cemerlang seterusnya mampu membanggakan keluarga.
View this post on Instagram
“Berjuta tahniah buat putera pertama kesayangan mama, Adrian Umar kerana berjaya khatam Al-Quran. Graduate dan terpilih antara yang terbaik untuk menerima anugerah TOKOH pada tahun ni.
“Setiap tahun abang tak penah gagal banggakan mama, opah dan cikgu-cikgu. Jauh di sudut hati mama, macam-macam perasaan ada. Sebak, terharu dan terlalu bangga dengan pencapaian abang.
“Terima kasih abang,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Banyak Kekurangan, Tetap Usaha Jadi Ibu Terbaik
Jelas Izreen lagi, meskipun merasakan dirinya mempunyai banyak kekurangan, dia tidak pernah berhenti berusaha untuk menjadi seorang ibu yang terbaik dalam membimbing anak-anaknya.

“Mama mungkin bukan seorang ibu yang baik tapi mama akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk abang. Mama mungkin seorang ibu yang penuh dengan kegagalan tapi mama sentiasa akan berusaha menjadi seorang ibu yg tiada kecacatan untuk abang.
“Mama mungkin sentiasa di jalan yang salah tapi mama akan berusaha menjadikan jalan itu lurus untuk abang. Terima kasih abang kerana sentiasa bersama mama,” ujarnya lagi.
Dalam hantaran sama, Izreen turut merakamkan ucapan penghargaan kepada para guru yang telah mendidik dan membimbing anaknya sehingga berjaya menjadi pelajar cemerlang.

“Tak lupa juga buat semua guru-guru Adrian. yang mencurahkan ilmu dan kasih sayang yang tiada tandingan buat Adrian.
“Menggalas sebahagian tanggungjawab untuk mendidik dan membentuk Adrian menjadi manusia yg berguna.
“Jasa-jasa cikgu pada Adrian tak ternilai dengan apa sekalipun di dunia ni. Terima kasih cikgu,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Adrian ialah anak sulung kepada Izreen hasil perkahwinan pertamanya bersama Muhamad Riza Baharudin pada 2012.
Pasangan itu bagaimanapun memutuskan untuk bercerai pada 2014.
Pada 2017, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Uda Wahid dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




