“Mama Ke Sini Dengan Pening Mabuk,Muntah Dan…,”- DS Nur Shahida Kongsi Pengalaman Umrah Saat Sarat Kandungkan Yusoff Al-Qardawi, Sayunya

Share

Isteri usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid muat naik fotonya bersama permata hatinya, Yusoff Al-Qardawi di laman Instagramnya, hari ini.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah perkongsiannya di ruangan kapsyen, di mana tahun lalu, dia gigih membawa Yusoff di dalam kandungannya untuk menunaikan umrah.

“Waktu mama baru pregnant yusoff tahun lepas 2017….kebetulan dah daftar umrah….berbelah bahagi antara nak pergi atau tidak.

“Sbb nak tunggu @yusoffalqardawi lama baru dapat lepas last bersalinkan abg @baem_adham 6 tahun lepas.

“Tapi kan mama fikir kalau tuhan nak bagi rezeki Insya Allah ada…kadang kalau kita terlalu risau dan terlalu berjaga2 kalau dan Allah kata bukan rezeki kita x dapat juga.

“So pergilah mama ke sini dgn pening mabuk,muntah dan mcm2 simpton mama bawa ke mekah dan madinah ni.

“Sekarang mama datang lagi bawa yusoff pula kan…..dalam keadaan sihat ceria,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shahida turut berkongsi beberapa foto dan video dia bersama Yusoff di tanah suci itu.

ALLAHU… seronok MH lihat foto dua beranak itu. Apa-apapun, semoga ibadah mereka dipermudahkan.

Foto/Instagram:

IKLAN