“Mama Awak Nampak Makin Sihat,” – Pernah Dedah Ibu Hidap Kanser, Momen Mesra Puteri Aishah Dengan Mama Sentuh Hati Netizen

Share

Percutian pelakon cantik, Puteri Aishah ke Bali, Indonesia yang turut disertai ibunya mendapat perhatian netizen.

Dipuji kerana tidak pernah lupa asal usul dan sering memanjakan si ibu, finalis Dewi Remaja sezaman Raysha Rizrose dan Mawar Rashid ini dilihat ada berkongsi foto terkininya di samping ibu tersayang.

“Rasa macam dalam filem Hindustan dengan Mama,” tulisnya ringkas sambil berkongsi kepingan foto mesra mereka berdua.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pujian. Malah  ada juga yang menyatakan rasa syukur dan gembira mereka apabila ibu bintang muda itu dilihat kian berisi dan sihat.

Tidak lama dulu, Puteri pernah mendedahkan ibunya ada menghidap kanser rahim dan turut menjalani rawatan.

Foto: Instagram Puteri Aishah

IKLAN