“Malu! Ada ‘TikToker’ yang ajak buat TikTok pun, saya tak nak. Bab-bab tu saya tak reti. Saya aktif di Instagram sahaja.”
Demikian kata usahawanita, Datin Marlinda Rafikah Mohamad Rozi yang mengakui setakat ini dia belum terfikir untuk melakukan ‘konten’ yang pelik-pelik di media sosial demi mempromosikan produk.
Marlinda, 34, berkata, dia lebih rela memperkenalkan produk kosmetik jenama yang diusahakan, Glassskin by Lyndarafikah dengan cara yang betul tanpa mempunyai elemen negatif yang akhirnya boleh makan diri.
Dia pada masa belum terfkir untuk mencari mana-mana selebriti sebagai wajah wakilan dan kini selesa menggunakan khidmat pempengaruh bagi memperkenalkan jenama ini kepada pembeli.
“Bagi saya setiap ‘founder’ ada cara tersendiri. Macam saya, tak perlu kot. Setengahnya mungkin suka buat perkara yang ‘fun’ atau gila-gila. Untuk saya, saya percaya dengan keberkesanan produk Glassskin. Kalau produk yang kita hasilkan itu bagus, ia akan ‘bercakap’ dengan sendiri.
“Suami saya seorang yang menyokong. Sudah tentulah terlebih dulu kita sama-sama berbincang apa yang terbaik. Kami pun ada anak empat orang. Kita tak adalah nak buat marketing pelik-pelik, tidak…,” katanya kepada MH.
Ads
Selepas berjaya melahirkan ramai usahawan muda yang ingin bergelar usahawan dan selebriti menerusi platform THE GIRLS REPUBLIQUE atau TGR yang dibangunkan sejak Jun 2018, Marlinda kini fokus terhadap buah tangan terbaharunya ini.
Glassskin by Lyndarafikah, produk yang menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun itu diuji sendiri olehnya sebelum menjual kepada umum.
“Glassskin by Lyndarafikah telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun dan diuji sendiri oleh saya selama tujuh bulan. Alhamdulillah sejak menggunakan produk ini saya mendapati kulit wajah saya semakin sihat dan berseri.
“Salah satu faktorsaya mengeluarkan produk kecantikan ini kerana penjagaan kulit sangat penting untuk setiap individu.Saya juga nak didik masyarakat supaya berhenti menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone dan merkuri.
Ads
“Saya juga percaya produk kecantikan sentiasa ada ‘demand’ tersendiri. Satu kepuasan apabila pengguna menggunakan produk kita. Saya juga mendapat maklum balas yang positif daripada kakitangan yang telah mencuba produk ini. Rata-rata mengatakan produk ini membantu masalah jerawat yang mereka hadapi, selain muka yang kusam menjadi putih, bersih dan sihat,” katanya lagi.
Produk ini juga bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Glassskin mengandungi lima produk hebat iaitu pelembap muka, pencuci muka, serum, toner dan krim pelindung matahari atau sunscreen.
Ads
“Suami saya jurutera kimia dan kilang membuat produk ini adalah bisnes keluarga yang sudah beroperasi lebih 40 tahun serta sudah menghasilkan banyak produk tempatan dan eksportke luar negara.
“Berbekalkan pengalaman selama 40 tahun dan ditambah pula dengan bahan berkualiti tinggi yang digunakan dalam produk ini, saya yakin ramai yang akan berpuas hati kerana produk kami kerana ia setara dengan produk antarabangsa yang ada di pasaran sekarang,” katanya.
Glassskin dijual dengan harga RM299 dan menariknya, sempena harga pengenalan kesemua lima produk Glassskin dijual dengan harga RM219 sahaja dalam satu kotak edisi eksklusif.
Marlinda ditemui pada majlis pelancaran produk berkenaan di Plaza Damas 3, Sri Hartamas Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melahirkan rasa gembira dengan penglibatan golongan selebriti dalam membantu kempen kesedaran e-waste iaitu kepentingan pengumpulan buangan peralatan elektrik dan elektronik dalam kalangan penduduk di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Dr Norhazni Mat Sari berkata, penglibatan golongan berkenaan sejak setahun lalu secara langsung membantu menyampaikan maklumat berkaitan e-waste kepada khalayak menerusi platform media sosial jabatan dan juga selebriti terbabit.
“Kita gembira dan melihat satu perkembangan baik dengan penglibatan para selebriti dalam membantu kempen ini kepada masyarakat awam.
“Sebenarnya sejak tahun lalu kita sudah mula membabitkan golongan selebriti dalam kempen kita. Alhamdulillah ia memberikan satu kesan yang baik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Jom E-Waste baru-baru ini sempena Hari E-Waste Antarabangsa yang disambut pada 14 Oktober setiap tahun.
Beliau berkata Fahrin Ahmad dan Bell Ngasri sebagai contoh, memberikan komitmen baik sejak terbabit secara langsung pada tahun lalu dalam beberapa siri kempen dan program mengenai e-waste.
Katanya, pihaknya membuka peluang kepada semua selebriti yang berminat tanpa menetapkan sebarang kriteria asalkan sudi membantu menyebarkan kesedaran mengenai usaha kempen e-waste kepada rakyat Malaysia.
Meskipun kesedaran masih di tahap rendah sejak kempen ini bermula pada 2014, namun saban tahun sentiasa memperlihatkan kadar peningkatan terhadap pengumpulan e-waste iaitu sekitar 100 tan metrik pada peringkat awal meningkat kepada 2,650 tan metrik pada 2021.
“Bagi tahun ini, sehingga September sebanyak 2,141 tan metrik e-waste berjaya dikumpulkan di seluruh negara. Jumah itu ialah dari 200 pusat pengumpulan yang diperkenalkan di serata negeri,” katanya.
Sementara itu, Fahrin ketika ditemui mengakui pada awalnya dia tidak tidak begitu ambil peduli mengenai e-waste sebelum terbabit sendiri dengan kempen berkenaan.
“Sebenarnya banyak yang saya pelajari mengenai e-waste ini. Barangan elektronik dan elektrik kita seperti telefon bimbit serta televisyen yang rosak tidak boleh dibuang sesuka hati kerana ia memberikan kesan yang tidak baik kepada alam sekitar.
“Malah saya juga dapat banyak DM daripada rakan selebriti dan peminat yang bertanya mengenai perkara ini selepas terbabit dengan kempen e-waste.
“Bagi saya setiap daripada kita boleh memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kempen ini berjaya demi kebaikan bersama seperti di Jepun misalnya yang berjaya menghasilkan pingat Olimpik dari bahan buangan produk e-waste.
“Siapa tahu mungkin selepas ini kalau kita ada apa-apa temasya pun, kita boleh ambil langkah sama yang secara tak langsung menyokong e-waste,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer muzik, Damian Mikhail berpandangan artis senior seharusnya memberikan lebih tumpuan terhadap pembangunan kerjaya seni mereka berbanding menyertai program realiti.
Menurut Damien, waktu-waktu seperti ini harus dimanfaatkan dengan penghasilan naskhah baharu disusuli projek selebihnya.
“Penyanyi legend patut menyanyi perform konsert, live show, bikin single dan album-album mantap.
“Bukan masuk program realiti makan allowance mingguan. Lepas tu disuruh buat persembahan lari daripada branding asal,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas anggota kumpulan VE itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Malah, dia juga kurang bersetuju apabila artis senior terpaksa tunduk dengan kemahuan pihak program realiti yang mahukan mereka mencuba pelbagai genre.
Katanya lagi, dia juga tidak kisah sekerinya kenyataannya itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak
“Jangan jadi sell-out nanti kena shell-out. Orang lain tak berani cakap tak mengapa. Gua cakap. Nak ban gua pun ban lah,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap kenyataan Damian itu.
Ada juga yang mengatakan kenyataan Damian itu ada kebenarannya juga.
Bagaimanapun, Damian tidak mengulas lanjut kepada siapa kenyataan tersebut ditujukan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Damian Mikhail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti Elly Mazlein menyambut ulang tahun kelahiran anak keduanya, Haider Mateen yang genap usia setahun, hari ini.
Perkhabaran tersebut dikongsikan penyanyi lagu Dusta Cinta itu menerusi hantaran terkini di Instagram, yang disertakan dengan foto kek hari jadi.
“Alhamdulillah anak boy Papa Mama dah 1 tahun. Happy birthday to my wonderful son, Haider Mateen. 23 October,” tulisnya pada ruangan kapsyen yang disusuli dengan kredit.
Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut menitipkan ucapan serta mendoakan kesejahteraan buat Elly seisi keluarga.
Untuk rekod, Elly berkahwin dengan suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020 lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Hos program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan itu, Elly turut dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tujuh tahun.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...