Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga.

Perumpaan ini sesuai untuk menggambarkan kejadian yang tular  di media sosial beberapa hari yang lalu melibatkan tiga anak muda yang membuat onar di Osaka, Jepun sehingga menyebabkan nama Malaysia menjadi busuk. 

BACA JUGA : http://www.mediahiburan.my/memalukan-remaja-malaysia-tunjuk-samseng-di-osaka/

Berikutan kejadian tersebut, pemilik rumah tamu itu telah memuat naik status di laman Facebook miliknya mengharamkan rakyat Malaysia tingal di rumah tamu milik mereka. Sebelum ini, mereka juga telah melarang rakyat Korea dan Cina.

Tarik Larangan Terhadap Malaysia

Menurut beberapa sumber, rumah tamu itu terkenal di kalangan Traveller Malaysia oleh kerana kemudahan makanan halal yang senang didapati dan juga harganya yang berpatutan.

IKLAN

Bagaimanapun pihak rumah tamu itu telah memuatnaik status baru yang melegakan dan telah mengalu-alukan kedatangan traveller Malaysia setelah mengambil kira beberapa aspek dan pihaknya juga mempunyai rakan-rakan yang ramai di Malaysia yang kerap datang dan menginap di sana.

Tarik Larangan Terhadap Malaysia

Terdahulu, mereka bertiga telah merosakkan dinding dapur, menyerang staf hotel yang bernama Qaiyum dan yang paling menjijikan adalah meninggalkan najis di tempat mandi.

IKLAN

Sikap begini sangat-sangat memalukan rakyat Malaysia dan nama negara kita busuk di mata negara lain. Bagaimanapun suspek terbabit telah memohon maaf atas kesalahan mereka.

Salah seorang daripada tiga remaja iaitu individu yang menumbuk dinding premis berkenaan juga telah meminta maaf secara terbuka dengan memuatnaik video di laman Facebook dan telah membayar ganti rugi atas perbuatan yang telah dilakukannya.

IKLAN

Turut menjadi perhatian, pemuda yang bernama Muhd Abdul Qaiyum yang telah lama menetap di Jepun dan merupakan bekas pelajar Kyoto Universitu dan Tahfiz Mutmainah yang sabar dengan kerenah tiga pemuda tersebut.

Tarik Larangan Terhadap Malaysia

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI