Malang Tak Berbau, Bibir Nina Iskandar Koyak & Tulang Belakang Retak Bila Jadi Mangsa Langgar Lari 2 Kereta Serentak!

Share

Pelakon Nina Iskandar dilaporkan telah terlibat dengan kemalangan apabila difahamkan, kenderaannya telah dilanggar dua kereta, awal pagi semalam.

Menerusi kemas kini di Instagram Stories miliknya itu, pelakon berkenaan ada berkongsi beberapa foto keadaan diri dan kenderaan yang dinaiki selepas dilanggar.

Insta stories antara lain turut memaparkan foto selfie dirinya dengan keadaan bibir bengkak dan koyak.

“Besarnya dugaan saya kali ini. For the past few months memang banyak betul dugaan. Insya-Allah, ada hikmah dan ganjarannya,” tulis Nina.

Foto: Instagram Nina Iskandar

IKLAN