“Malam Tadi Kri Ajak Saya Shooting ‘Oh Abang Kosmetik’, Dia Marah Ida Sebab Banyak Tingkah,” – Bonda Rozita Ingatkan Aliff, Hormati Isteri Yang Sedang Hamil

Share

Ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau lebih sinonim dengan panggilan Bonda Rozita ada memuat naik kapsyen panjang menerusi Instagram miliknya, hari ini.

Memberi fokus terhadap apa yang berlaku terhadap salah seorang menantunya iaitu isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida, usahawan ini memaklumkan inilah ujian yang perlu dilaluinya sebagai ibu.

“Anak sayang , menantu sy sayng..Keduanya anak sy ..Aduhai ujian Allah ginilah jd Mak..Ujian balik haji namanya.

“Anak senang sy jauhkan diri.. anak susah sy datang.. .hidup ni x lepas ujian Allah hantarkan pd manusia ..dr org keliling, keluarga, harta benda.. kesihatan , rupa paras juga ujian.

“sy sgt jaga hati dn niat dn pesan pd anak2 HATI2 jaga hati dn iman waktu dlm kesenangan,” tulis Rozita.

Pada masa sama, pemilik Rumah Terapi Alam ini juga antara lain turut mendedahkan keengganan menantunya itu untuk terlibat dalam penggambaran Oh Abang Kosmetik yang disiarkan menerusi saluran YouTube Aliff.

Rozita bagaimanapun menjelaskan, dia memahami situasi Shahida yang kini sedang berbadan dua dan meminta anaknya itu menghormati si isteri.

“Susah senang berbalik kpd Allah sahaja kerana islam itu ialah pendamaian dn jawaban pd kesulitan “ sbb tu Mak cakap anak2 kuatkan pegangan agama”.

“Malam tadi kri ajak sy shooting “oh abg kosmetik”.. dia marah dgn ida sbb ida bayk tingkah ( sy faham dia sarat dn tersinggung dgn kri) Sbb Ida x nk shooting.. sy kata dgn kri, jgn buat hal cari pasal biarkan ida yg tgh sarat mengandung.. tlg hormati dia.

“Sy ckp dgn kri lagi, kalau kamu nak mak shooting dlm “ oh abg kosmetik” dgn 1 syarat.. “ko kena izinkan mak bercakap benda yg betul sahaja x ada yg tipu. Mak xkan cakap benda tipu hormati prinsip Mak , yg tua dah nk mati pun ( sy hanya akn cakap benda benar saja) dn mak x kan nak yg yg drama2.

“sy tak suka supaya ada pembelajaran dn ilmu dari setiap apa yg mak sampaikan.. mak dh tua syukri.. mak x kuasa nk layan ko semata2 layan glamour ko , tanpa pengisian ilmu.

“Bila dia setuju dgn syarat sy baru sy nk shooting .. bkn tujuan sy nk membela kebaikan anak sy ataupun menutup keburukannya.. dia tetap ada kebaikan dn masih banyak keburukan.

“Manusia x pernah lepas dgn ke khilafan.. maka sbgai ibu sy sentiasa menyokong yg mana baik dn sentiasa menentang kpd perkara yg salah di sisi islam,” tulisnya panjang lebar.

Lalu, perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai netizen.

Sementara itu, Shahida menerusi platform sama turut berkongsi rasa beberapa hari lalu dan terbaru, Aliff ada menyatakan dia memilih untuk bersendirian seterusnya fokus terhadap bisnes.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kapsyen yang dikongsikan mereka dituju kepada mana-mana individu atau sebaliknya.

Foto: Instagram Bonda Rozita, Aliff Syukri & Nur Shahida

IKLAN