“Malam Paling Bersejarah Dalam Hidup,”- Meski Berjauhan, Ashraf Muslim Terima Kejutan Istimewa Dari Kedua-Dua Isteri

Share

Pelakon, Ashraf Muslim telah menerima kejutan istimewa apabila kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Subari yang berkongsi satu rakaman video dan mengimbau kembali kenangan manis bersama keluarga.

Lalu, Ashraf yang kini sedang menjalani rawatan penyembuhan wabak Covid-19 di Hospital Sungai Buloh itu berkongsi rakaman video tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Ashraf turut memaklumkan ini merupakan kali pertama dirinya menjalani ibadah tarawih di hospital bersama pesakit Covid-19.

“Ramadhan kali ini. Malam ini.. adalah malam paling bersejarah dalam hidup AM. Pertama Solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat surprise video dr mama dan ibu nih… Ni lah nak cerita skit.

“Lepas solat terawikh kul 10.30 mlm td.. AM nk makan malam yerlah tgh laparlah kn sbb tak mkn ptg td. So.. tgh makan nih tangan kiri pun capai handpone nak tgk message.

“So bila buka jer dpat video nih.. Allahuakbar.. sambil makan nih, AM tak sedar air mata dah mengalir.. Aduhai.. sedih aaarr.. tak baiklah buat mcm ni.. dah lah ayah kat wad. Makan pun tak habis terus basuh tgn… waaa !

“Mama ibu dan anak-anak..Sabar yer.. tunggu ayah skit lagi.. insyAllah bila semua dah selesai ayah balik k.. love and miss all of u! .@ashrafslegacy,” tulisnya.

Terdahulu, Ashraf telah disahkan positif COVID-19 sebaik sahaja pulang selepas menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Inverness, Scotland.

Video: Instagram Ashraf Muslim

IKLAN