Terkini, Izreen telah selamat berpantang selepas melahirkan anak keduanya bernama Aaron Ibrahim pada 29 Jun yang lalu.
Ads
Terdahulu, Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Manakala suaminya kini, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.
Ads
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Foto : Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menjengah ke ruang komen pula, rakan pelakon Datin Almy Nadia dilihat ada meninggalkan komen terhadap entri berkenaan.
Lalu, Syafie yang lebih senang digelar Ayie, dia menganggap apa yang berlaku adalah petunjuk dariNya.
Terdahulu, Syafie didakwa telah mengasari bekas tunang atas sebab tersendiri hingga menyebabkan laporan polis telah dibuat bekas tunang, yang juga seorang pelakon.
Foto : Instagram Syafie Naswip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas Datuk Seri Vida memuat naik entri terbaru seolah-olah menyindir rakan usahawannya, Datuk Seri Aliff Syukri mengenai kolam ikannya, penyanyi Cowok Baru ini menyelar tindakan wanita berkenaan selain mempersoal tindakannya.
Kata Aliff lagi, tidak perlu membuat perbandingan siapa yang lebih hebat, sebaliknya lebih baik andai penyanyi I Am Me itu menjaga perihal diri sendiri.
“Kenapa makcik ni tak puas hati dgn abg?Kenapa makcik ni tak puas hati dgn abg?? apa salah abg. Please lah jadi matang.
“Abang ni kan menyampah betul lah klau nak conpare compare ni, tak payah nak ajar ajak abang macam mana cari jaga ikan atau complain rumah siapa lebih besar, plzz jgn meriak.
“Abang dah lama jaga ikan koi jelun,kelah ni.. jaga je ikan awak tu .. x pyah Ajar2 kita.. ikan kita-kita dah bela lama dah pun sebelum awak bela ikan abg dah bela.. apa masalahnya tak payah nak perli-perli kita.. @datoserivida daripada sebuk jaga kolam dan ikan kita plzz jaga diri u dulu,” tegasnya.
Lelaki ini turut menegaskan akan mengukur kedalaman kolam sebagai bukti.
“Untuk kolam abang ini tunggu abang akan bawa meter ukur.. kedalaman kolam abang tunggu,” tulisnya lagi.
Awal semalam, pengacara Dayah Bakar ada memberikan dedikasi paling istimewa buat suami tercinta, Kapten Muhammad Hanif Hamidi, bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan tahun ini.
Kongsinya menerusi Instagram bersama pautan foto si suami yang sedang bertugas, Dayah menitip rasa syukur atas pengorbanan imamnya itu.
“Selamat Hari Pahlawan, satriaku. Meski mungkin ada yang tidak memahami, apatah lagi menghargai dan menghormati tugasanmu yang berbekalkan keringat dan darah, malahan nyawa yang dipertaruhkan, aku disini mendukung sosok pahlawan yang bernama suami, anugerah kebaikan dari Tuhan kepadaku.
“Berjuang atas nama cinta dan perjuangan hanya untuk yang terpilih sahaja.
“Dengan ini saya juga mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada semua pasukan keselamatan negara yang bertugas, juga kepada mereka yang telah pergi dalam menjalankan amanah.
“Tidak dilupakan juga semua wanita-wanita kuat yang menjadi srikandi dalam mendukung moral, kebahagiaan kehormatan pahlawan-pahlawan negara,” tulisnya penuh makna.
Dayah dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 29 Jun tahun lalu dalam sebuah majlis yang dirai penuh meriah di Kuala Lumpur.
Terdahulu media melaporkan, sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 peringkat Persekutuan akan diadakan pada September depan.
Majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan itu akan diadakan pada jam 7.10 malam, 18 September di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Sementara sesi Istiadat Perbarisan dijadualkan akan dilangsungkan pada jam 8.30 pagi, 19 September di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya dan khutbah khas dan solat Jumaat pada 20 September di Masjid Negara.
Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, perubahan tarikh penganjuran majlis itu daripada tarikh perisytiharan asal pada 31 Julai adalah bagi memberi laluan dan mengelakkan pertindihan dengan beberapa acara untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai.
Foto: Instagram Dayah Bakar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.